Selamat sudah perkahwinan Miranda Kerr bersama pengasas Snapchat Evan Spiegel yang cukup ringkas tetapi intim disertai 45 orang rakan dan kaum keluarga.
Selain majlis yang serba indah, terdapat satu lagi perkara yang tidak dapat dilupakan oleh para tetamu yang hadir iaitu busana pengantin yang dipakai oleh si cantik manis Miranda Kerr.
Untuk hari besarnya, Miranda memilih gaun couture Dior Haute serba indah istimewa dicipta untuknya oleh pengarah seni baru jenama tersebut, Maria Grazia Chiuri.
Bercakap kepada Vogue tentang gaunnya itu, Miranda menjelaskan dengan ringkas; “Secara jujur, saya tidak dapat membayangkan gaun pengantin yang lebih cantik daripada ini.”
Gaun itu diilhamkan oleh gaun ikonik Grace Kelly yang dipakai pada tahun 1956 untuk perkahwinannya dengan Prince Rainier of Monaco.
“Sumber inspirasi saya yang paling hebat adalah Grace, Audrey Hepburn dan nenek saya, yang pada usia 80 tahun mempunyai daya tarikan cukup mengagumkan sekali, dengan hanya pakaian yang selesa, blaus putih, selendang, tumit kecil,” jelas Miranda lagi.
Gaun putih suci diterapkan dengan perincian bunga teratai dan dilengkapkan dengan vale panjang meleret. Untuk vale, Miranda mengenakan mahkota dari mutiara yang direka oleh Stephen Jones.
Miranda Kerr terlalu cantik, tak tahu nak cakap apa. Kagum!