Honor Malaysia semalam melancarkan telefon pintar baharu Honor 8 Pro. Menyampaikan prestasi unggul menerusi rekaan yang serdehana, peranti hebat ini dikuasakan dengan bateri yang tahan lama serta perincian skrin paparan berukuran 5.7 inci jenis Quad HD.
Lebih menarik, istimewanya Honor 8 Pro adalah pada kamera berkembarnya yang ditanam dalam badan telefon senipis 6.97mm.
Honor 8 Pro komited dilengkapi teknologi yang bisa memenuhi keperluan para pengguna terutamanya gamers yang mengimpikan pengalaman realistik kala bermain sekaligus dipengaruhi tahap keterjelasan paparan serta perisian bunyian yang pastinya memberi lebih keterujaan.
Untuk pengetahuan umum, bateri Honor 8 Pro mampu bertahan sehingga dua hari lamanya untuk penggunaan biasa manakala lebih kurang satu hari setengah buat kegunaan ekstrem. Bukan itu sahaja, kapasiti bateri 4000mAh yang ada juga telah disisip dengan ciri untuk membolehkan telefon pintar tersebut menjimatkan penggunaan tenaga.
Tonton Video Pengenalan Honor 8 Pro
Manakala kamera 12 megapiksel dengan lensa berkembar pada Honor 8 Pro pula berfungsi untuk mencipta rakaman seperti yang dihasilkan kamera DSLR dengan gambar lebih terang serta jelas dari segi warna dan kualiti pikselnya.
Terdapat dalam dua rona pilihan universal termasuklah Midnight Black dan Navy Blue, harga seunit adalah RM1,999 termasuk bayaran gst.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.hihonor.com/my] atau lawat laman Facebook rasmi Huawei Malaysia di [www.facebook.com/HuaweiHonorMY].