Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Inspirasi Perkahwinan: 5 Lokasi Majlis Kahwin Berkonsep Yang Lain Dari Lain

by Afiqah Syamin
July 6, 2017
17
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Perkahwinan merupakan antara detik terindah dalam kehidupan seseorang, maklum sahajalah, kita ini kalau boleh ingin berkahwin sekali sahaja seumur hidup.

Dalam pada itu, bakal pengantin sering tercari-cari di manakah lokasi terbaik yang boleh dijadikan tempat untuk mengadakan resepsi bagi mengumpul seluruh kaum keluarga dan kenalan untuk sama-sama meraikan hari bahagia itu. 

Sumber: Villa Warisan J.A

Tambahan pula orang zaman sekarang yang suka bergambar, merakam detik indah untuk dikongsikan sesama sendiri di samping disimpan sebagai memori istimewa, pengantin semestinya harus bijak menetapkan lokasi terbaik membolehkan semua orang bergembira. Oh ya, keselesaan para tetamu juga harus diutamakan.

Di sini Wanista ada 5 lokasi terbaik yang boleh dimanfaatkan semua demi mengecapi perkahwinan impian anda.

#1 Taman Botani Negara, Shah Alam

Pernah viral kerana menjadi lokasi bagi sebuah majlis resepsi ala Sultan Melaka.

Video Perkahwinan Firdauz & Yasmi di Taman Botani Negara, Shah Alam

Lokasi dalam taman yang ini menarik kerana ia turut dihiasi bangunan berseni ala rumah Melayu lama, pasti versatile andai dijadikan lokasi bagi resepsi yang bertemakan tradisional.

Alamat: : Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam

Nombor Telefon: 03-5510 7048 

Laman Web: [www.tbnsa.gov.my]

#2 Rumah Citra Kasih, Melaka

Bertempat di Ayer Keroh Melaka, rumah tumpangan ini saling tak tumpah seperti replika istana Sultan Melaka kan?

Sumber: Rumah Citra Kasih
Sumber: Rumah Citra Kasih

Jika anda atau pasangan adalah orang Melaka, apa kata anjurkan majlis resepsi anda di sini. Alang-alang buat kerja kahwin, boleh terus menginap di sini bersama keluarga besar anda. 

Sumber: Rumah Citra Kasih
Sumber: Rumah Citra Kasih

Persekitarannya juga moden dan luas, sesuai untuk memuatkan mungkin hingga 300 tetamu dalam satu-satu masa.

Sumber: Rumah Citra Kasih
Sumber: Rumah Citra Kasih

Alamat: Rumah Citra Kasih, Bandar Hijau, Kota Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh 75450, Melaka

Nombor Telefon: 06-2311822 / 402 / 502 / 602

Laman Web: [www.yayasanmelaka.gov.my/citrakasih]

Facebook: [www.facebook.com/RumahCitraKasih]

#3 Anggerik Agro Farm, Hulu Langat

Sumber: Anggerik Agro Farm
Sumber: Anggerik Agro Farm

Siapa tahu rupanya banyak lokasi perkahwinan menarik yang ada di Hulu Langat ini.

Sumber: Anggerik Agro Farm
Sumber: Anggerik Agro Farm
Sumber: Anggerik Agro Farm

Ditemani kicauan burung, kolam ikan serta bunyi-bunyian ayam yang ada di ladang berdekatan, lokasi rumah tumpangan ala kampung ini cukup untuk menampung tetamu yang ramai dengan selesa. Selain luas, ianya juga dilengkapi dengan pakej katering berserta segala kelengkapan ideal lain untuk keselesaan semua pihak. Ini termasuklah bilik, ruang tamu, tanah lapang di hadapan rumah serta pondok surau di bahagian luar rumah.

Sumber: Anggerik Agro Farm
Sumber: Anggerik Agro Farm
Sumber: Anggerik Agro Farm

Alamat: Beranda Kasih, Lot 477, Batu 14 1/2, Jalan Sungai Semungkis, Hulu Langat

Nombor Telefon:

Laman Web: [anggerik-agro-farm.blogspot.my]

#4 A-Park, Puchong

Sumber: A-Park

Sesuai buat mereka yang impikan perkahwinan ala Inggeris dalam taman, lokasi ini boleh dimanfaat untuk majlis resepsi di waktu pagi dan malam namun caj yang dikenakan adalah bergantung pada waktu dan servis yang digunakan.

Sumber: A-Park
Sumber: A-Park
Sumber: A-Park

Persekitaran rumah tumpangan ini adalah menarik, juga dilengkapi tasik yang membuatkan landskapnya bertambah indah dan pastinya berfungsi untuk menjadi latar terbaik foto-foto kenangan.

Sumber: A-Park
Sumber: A-Park

Alamat: 3275, Jalan Pulau Meranti, Kampung Pulau Meranti, Selangor 47100, Puchong

Nombor Telefon: 016-381 5588

Laman Web: [a-park.my]

Facebook: [www.facebook.com/A-Park-183473061841353]

#5 Villa Warisan J.A, Johor

Sumber: Villa Warisan J.A
Sumber: Villa Warisan J.A

Dari luar nampak seperti banglo atau lebih jelas adalah sebuah rumah klasik yang besar dan luas dipenuhi ukiran artistik menyerlahkan kesenian Melayu nan indah.

Sumber: Villa Warisan J.A

Apa yang orang tidak tahu, bangunan ini sebenarnya adalah sebuah hotel butik yang menawarkan ruangan untuk disewa bagi penganjuran resepsi baut si mempelai.

Sumber: Villa Warisan J.A
Sumber: Villa Warisan J.A

Hiasan dalamannya sungguh menarik, turut disediakan tempat beribadat seperti surau, kolam renang, beranda untuk melihat pemandangan nyaman pepohon hijau serta ruangan khas untuk bersantap.

Sumber: Villa Warisan J.A

Sesuai buat mereka yang mahukan resepsi berkonsepkan Melayu asli.

Alamat: No. 88, Jalan Abdul Rahman Andak, 80000, Johor Bahru

Nombor Telefon: 07-22288333

Laman Web: [http://villa-warisan-ja.blogspot.my/]

Facebook: [www.facebook.com/VillaWarisanJA]

Penulis memang sengaja pilih banyak venue berkonsepkan ala Melayu yang ramai orang belum tahu.

Bukankah kita orang Melayu? Jadi kenapa harus kita lari daripada identiti kebangsaan kita yang sebenar…

Tepuk dada tanya selera wahai bakal pengantin sekalian! Ingin penulis ingatkan, menempah dewan haruslah dilakukan seawal mungkin, jangan pula terlepas venue idaman anda nanti ❤️

Tags: Dewan KahwinLokasi Majlis KahwinpengantinperkahwinanPerkahwinan MelayuResepsiTips Persiapan PerkahwinanVenue KahwinVenue Kahwin Ala Kampung
Share7SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Sofie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Sofie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Sofie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Sofie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.