Bila datang period apa yang paling penting ialah pad dan tampon untuk melindungi aliran darah dari vagina.
Panik kalau hari pertama haid, dapat tahu memang tiada bekalan pad atau tampon. Sebab itu kita sebagai wanita dah tahu tiap-tiap bulan datang ‘agenda’ siap sedia dengan keperluan yang tertentu.
Dipasaran kini terdapat banyak pilihan jenis tuala wanita. Ada yang tebal, nipis, wangian, bersayap (boleh terbang) dan boleh kata ikut sahaja ciri yang menepati aliran haid. Kalau diikutkan di Malaysia, ramai yang memilih tuala wanita jenis pad berbanding tampon. Apa perbezaan dengan pad dan tampon?
Pada anda yang belum arif tentang mana-mana tuala wanita, jom kita bincangkan…
Pad
Seperti mana tahu ia sebuah lapik yang diperbuat kapas dengan pelekat dibahagian belakang. Ia menyerap aliran darah yang keluar. Biasanya pad dapat menampung sehingga 3 atau 4 jam. Pad mudah ditukar ganti namun pengguna kena bijak memilih jenis material pad. Dari pengalaman penulis sendiri, pernah memakai pad yang permukaannya keras. Memang boleh sakit bahagian ‘bawah’ dan nak bergerak pun susah. Jadi pilih pad dari jenama yang menjanjikan lembut pada dan keselesaan. Selain itu, ada juga jenama yang memperkenalkan pad dengan wangian tambahan kononnya sebagai pencegah bau kurang selesa, tapi ada sesetengah dari kita akan menerima alahan dari wangian tersebut. Hati-hati ya!
Tampon
Penulis jarang jumpa kenalan yang menggunakan tampon. Berbeza dengan pad, tampon digunakan pada bahagian dalam vagina. Berbentuk silinder, ia dimasukkan kedalam vagina menyerap terus darah haid. Sama seperti pad, tampon juga diperbuat dari material kapas. Cara memakai tampon agak sulit bagi mereka pertama ingin mencubanya. Anda perlu memastikan tampon masuk kedalam secara menyeluruh supaya tidak memberi ketidakselesaan. Ramai yang berpendapat, memakai tampon lebih mudah untuk bergerak berbanding pad. Namun hati-hati ya, banyak juga kes yang melibatkan jangkitan kuman akibat si pemakai lupa untuk tukar tampon.
Jadi pad atau tampon pilihan anda? Atau ada yang pakai dua-dua?