Selaku peneraju jenama barangan kesihatan dan kecantikan yang berasaskan ramuan botanikal di Malaysia, Botaneco Garden baru-baru ini tampil memperkenalkan rangkaian mandian khas untuk bayi dan kanak-kanak yang diperkaya dengan khasiat alam semula jadi.
Bukan sahaja selamat dan memberi perlindungan optimum buat fizikal si cilik, rangakaian Botaneco Garden Baby ini mengandungi seleksi pati tumbuhan istimewa seperti Kamomil organik dan Oatmeal Kolodial dengan tambahan seperti kebaikan minyak zaitun yang lembut membelai kulit serta rambut bayi.
Setiap satu ramuan yang dikandung rangkaian ini telah lulus ujian klinikal malah terbukti berkesan menurut dermatologi.
Formulasi Botaneco Garden Baby adalah bebas paraben, silikon, SLS, SLES, pewarna, linolin dan dari segala macam bahan yang bisa mengancam kesihatan bayi.
Botaneco Garden adalah produk yang diyakini ramai, ianya berkualiti kerana dihasilkan menggunakan teknologi terkini yang diasaskan di Australia.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.botanecogarden.com/my]
Kesemua rangkaian Botaneco Garden termasuklah Botaneco Garden Baby boleh dibeli dari cawangan Guardian seluruh Malaysiapada harga RM22.90 hingga RM31.90.