Jika anda sanggup berhabisan untuk produk penjagaan wajah dan menghabiskan masa yang lama untuk memberikan perhatian pada wajah anda, rambut anda juga memerlukan perhatian yang sama.
Lagi satu, siapa sangka tanpa anda sedar ada beberapa tabiat yang biasa anda lakukan hakikatnya tidak elok untuk rambut.
Tabiat apa yang Wanista maksudnya, ini dia.
HENTIKAN : #1 Mandi air panas
Jangan sesekali membasuh kepala anda dengan air panas, kerana ia akan mengeringkan kulit kepala anda. Haba yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada kulit kepala. Jadi, cuba mandi tanpa perlu menggunakan air panas!
HENTIKAN : #2 Mencuci hanya sekali
Bagi sesiapa yang menghadapi masalah kulit kepala berminyak, mencuci rambut dengan syampu sebanyak dua kali boleh melakukan keajaiban. Cucian pertama akan melonggarkan kotoran pada rambut anda, dan cucian kedua pula akan mencucinya keluar. Letakkan sedikit syampu pada tapak tangan anda dan buihkan, dan mulakan cucian pada rambut anda menggunakan jari (bukan kuku). Kemudian, bilas. Syampu sekali lagi dengan mengambil jumlah syampu yang lebih sedikit. Kali ini ia akan mencuci dan membuang segala kotoran dari rambut anda. Hasilnya, anda akan dapati kulit kepala terasa jauh lebih segar dan ringan.
HENTIKAN : #3 Menggunakan perapi rambut yang salah
Sebaiknya, cari perapi rambut yang bersesuaian dengan rambut anda tanpa perlu berlebihan. Rambut memerlukan keseimbangan kedua-dua kelembapan dan protein, jadi begitu juga, jika hujung rambut anda berasa terlalu soggy apabila ia kering, anda memerlukan perapi protein.
HENTIKAN : #4 Membalut rambut basah dengan tuala
Semua pasti biasa dengan tabiat membalut rambut yang basah dengan tuala bertujuan untuk mengeringkannya, bukan? Nah, tabiat ini sebenarnya memberikan kesan buruk kepada rambut anda. Rambut adalah paling rapuh apabila ia basah, jadi melibas atau menggulung rambut anda ketika basah adalah tidak sepatutnya dilakukan. Pastikan juga anda tidak meyikat rambut ketika ia basah. Biarkan ia kering dahulu.
HENTIKAN : #5 Menarik pengikat rambut secara kasar
Apabila anda mengikat rambut, pastikan anda tidak mengikatnya dengan terlalu ketat atau menariknya secara kasar. Hal ini boleh merosakkan rambut dan menarik rambut anda ketika anda menanggalkan pengikat rambut. Sebab itulah anda boleh lihat terdapat gulungan rambut yang melekat pada getah rambut anda. Jadi, pastikan anda mengikat rambut secara longgar dan tidak berkasar dengannya!
Semoga tips Wanista membantu!