Kosé adalah jenama kosmetik dan rangkaian penjagaan wajah yang terulung di Jepun. Disebabkan ia mesra pengguna, formulasinya juga dicipta mengikut kesesuaian kulit orang Asia.
Kosé dengan bangganya memperkenalkan rangkaian kosmetik versatile yang diberi nama Esprique istimewa buat mereka yang gemarkan gaya solekan natural agar wajah kelihatan berseri secara semula jadi.
Dari pilihan warna gincu, bedak asas, hinggalah kepada pensil kening, semuanya berfungsi bukan sahaja untuk mencantikkan bahkan turut sama memelihara kulit dari pancaran UV berbahaya.
Empat langkah untuk solekan natural dengan Kose Esprique!
Esprique Pure Skin Pact UV SPF26/PA++: (RM118.00)
Terbaik untuk menutup liang-liang pori yang terbuka jelas. Oleh kerana ia hadir dalam bentuk bedak padat sebegini, ianya memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja dan menggunakannya pada bila-bila masa!
Tekstur bedaknya juga ringan dan melekat pada permukaan kulit lebih lama, memberikan efek solekan matte yang menyerap kilatan berminyak pada kulit serta perlindungan SPF26/PA++ secara tidak langsung bantu memelihara kulit dari kemunculan bintik hitam dna jeragat yang disebabkan sinaran UV matahari.
Oh ya, jangan tak tahu, span yang dibekalkan bersama dalam kotak bedak ini diperbuat dengan ekstrak minyak zaitun membuatkan bedak bertambah cantik bila dioleskan ke pipi dan serata wajah!
Esprique Fit up Concealer UV SPF30/PA+++: (RM95.00)
Dapat menutup lingkaran gelap bawah mata, cela penuaan, jeragat, tona tidak sekata serta mengurangkan kejelasan parut di sekitar wajah!
Apa yang penting, hasil solekan akan jadi lebih sempurna dan bantu memelihara bahagian-bahagian kulit dari sinaran UV. Terdapat dalam pilihan warna 01 Light, 02 Natural dan 03 Dark.
Esprique CC Base SPF50/PA++++: (RM95.00)
Disertai perlindungan UV SPF50, tekstur krim CC (Color Correcting) ini ringan terasa seperti air, ianya tidak melekit mahupun berminyak membuatkan ia amat bersesuaian untuk semua jenis kulit termasuklah yang berkulit kering sekalipun. Apabila disapu ke kulit, ia menyerap dengan pantas sambil menyekatakan warna kulit tanpa buat hasil solekan bercapuk.
Terdapat dalam dua pilihan iaitu Natural untuk hasil sapuan halus untuk mereka yang mahu solekan yang tidak berat manakala Cover untuk secara lembut menutup cela di wajah agar kulit tampak bercahaya dan bersih seperti gadis Jepun!
Esprique W Eyebrow: (RM99.00) / Isian Semula: (RM32.00)
Percaya taua tidak, pen kening ini memang sesuai buat mereka yang tak mahu ukiran kening yang kelihatan dibuat-buat. Terdapat dua bahagian yang boleh digunakan iaitu mata pena untuk mengukir dan satu lagi berfungsi seperti serbuk bedak untuk mengisi seluruh ruangan kening agar kelihatan kemas sekata.
Biarpun berhujan atau berpanas, solekan kening yang menggunakan Esprique W Eyebrow akan kekal tahan lama dan ia turut hadir dengan berus spoolie untuk bantu memberus hasil solekan kening agar nampak semula jadi (tidak kasar).
Kesemua produk dari rangkaian Kosé Esprique adalah tidak berbau. Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.kose.com.my/brands/esprique]