Kita sering lupa dan tidak mengendahkan sesuatu perkara sampailah suatu hari, ia hilang pergi begitu sahaja.
Sesungguhnya jelas, perkara yang lama tidak bisa diulang semula namun saat itulah memori dan pengalaman baru harus dicipta.
Bersempena bulan yang mulia, Samsung tahun ini kembali dengan filem pendek menyentuh hati berjudul ‘Mulakan Dengan Yang Baharu’, bakal menyedarkan semua betapa pentingkan masa itu agar kita semua tahu menghargainya.
Sebelum terlambat, inilah masa yang paling tepat untuk menunjukkan betapa sayang dan rindunya kita kepada orang tersayang terutamanya ibu dan ayah yang sentiasa mahukan masa bersama kita.
Dalam dunia hari ini, kita sering terlepas momen-momen indah bersama keluarga dek kerana kesibukan kerja dan keghairahan untuk mengejar kemewahan duniawi.
Tonton Filem Pendek Raya Samsung 2017 [KLIK SINI UNTUK LIHAT SKRIN PENUH DI YOUTUBE]
Samsung berharap filem pendek ini sedikit sebanyak dapat memberi impakk positif kepada masyarakat agar sentiasa menghargai nilai masa sekaligus menghargai orang yang sentiasa mengharapkan perhatian kita.
Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman facebook rasmi Samsung Mobile Malaysia di [www.facebook.com/samsungmobilemalaysia].