Ingat lagi kanak-kanak lelaki yang pernah menjadi sensasi menerusi rakaman video memperlihatkan dirinya berlumuran darah diangkat masuk ke ambulans oleh anggota penyelamat ketika pergolakkan di Aleppo beberapa ketika dahulu?
Rakaman Omran Daqneesh Diselamatkan Pada 17 Ogos 2016
Syrian boy #OmarDaqneesh(5) in #Allepo. pic.twitter.com/PzZaRWaZWr :@NicoleHaja
— qlstnfp (@qlstnfp) August 20, 2016
Omran kelihatan keliru dan terpinga-pinga bagai tidak mengerti apa yang telah terjadi.
Video itu telah mendapat perhatian masyarakat dari seluruh pelusuk dunia, terutama media-media antarabangsa di mana ia disifatkan sebagai simbol penderitaan kanak-kanak di Syria.
Foto Omran Selepas Menerima Rawatan
His name is Omar Daqneesh and he is 5. Here he is after treatment by some extraordinarily brave doctors in #Aleppo. pic.twitter.com/7WT4oMqExK
— Raf Sanchez (@rafsanchez) August 17, 2016
Namun baru-baru ini, foto terbarunya mula tersebar malah Omran yang sudah genap enam tahun kelihatan sangat sihat dan ceria bersama ahli keluarganya.
Terdahulu, abang Omran yang bernama Ali, 10, telah terbunuh dalam serangan sama yang mencederakan Omran.