Seorang doktor telah memuat naik foto pasangan selebriti berkenaan bersamanya disertai berita gembira bahawa Mawar Abdul Karim, Pengasas jenama tudung Fareeda disahkan hamil menerusi satu pos di laman Facebook miliknya.
Difahamkan Hamid Arshat merupakan seorang doktor yang berkhidmat di Yayasan Kesihatan Islam (YJN), Jabal Nur.
Menerusi entri tersebut, Hamid Arshad mendedahkan kandungan Mawar masih lagi berada pada peringkat awal.
“ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH KPD MAWAR DAN FIZO.
“Setelah menjalani pembedahan dan berbagai rawatan susulan akhirnya dengan izin dan rahmat Allah SWT Mawar hamil.
“Sekarang dalam peringkat awal kehamilan. Dalam kaedaan biasa, risiko gugur sebelum 12 minggu kehamilan adalah dalam lingkongan 10 %. Risiko ini meningkat bagi mereka yg mengalami masalah kesuburan dan khususnya yang menjalani pembedahan pada peranakkannya.
“Mari kita doakan agar kehamilan Mawar akan terus tumbuh dan berkembang secara normal sehingga cukup bulan ( 37 – 40 minggu). Aamin,” tulisnya.
Selain itu, doktor berkenaan turut menasihatkan Mawar supaya berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat untuk sementara waktu.
“Nasihat saya kpd Mawar dan Fizo. Rehat banyak2, tenangkan fikiran dan kurangkan kerja2 berat serta perjalanan jauh dan tangguhkan penerbangan.
“Pada asasnya kurangkan stress kerana ia bolih mencetuskan kuncupan rahim dan seterusnya mengancam untuk gugur. Lakukan ‘deep breathing exercise’ berulang2 bila ada peluang untuk kurangkan stress dan meningkatkan bekalan oksijen kesemua tubuh badan khususnya rahim yg sedang hamil,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Fizo Omar juga tidak ketinggalan berkongsi khabar gembira itu bersama para pengikutnya di Instagram!
Tahniah dans semoga Mawar dan bayi berada dalam keadaan sihat senantiasa.
Fizo dan Mawar yang merupakan pengasas jenama tudung terkenal, Fareeda telah berkahwin pada November 2013.