Buat pertama kalinya setelah dua tahun mencari stimulasi bauan yang tepat, akhirnya Aesop mengeluarkan koleksi semburan aromaterapi didatangi dengan tiga pilihan untuk mengubah sesebuah ruang mempunyai daya tarikan bau esotik.
Koleksi wangian aromaterapi ini mempunyai tiga pilihan Aesop iaitu: Istros mengambil bauan dari flora dan aroma smoky, Olous dari gabungan segar kehijauan dan sitrus; dan Cythera memberi bauan kayuan dan hangat. Semburan aromaterapi ini akan berada di semua stor Aesop seluruh dunia pada 3 Julai 2017.
“Semburan bilik ini dicipta untuk membangkitkan aura dan meningkatkan semula suasana ruang anda bekerja atau tinggal dengan aroma yang menenangkan,” kata Dr Kate Forbes, juga Pengurus Produk dan R&D Aesop.
Dari nama bandar pelabuhan kuno Greek, Istros mengandungi campuran Pink Pepper, Lavender dan Mimosa. Juga disebatikan dengan sumber semulajadi Cedar dan Sandalwood, sisipan bau tembakau juga sebagai pembangkit aroma.
Cythera ilham dari semangat pejuang Hellenic. Aroma Neroli, Geranium dan Patchouli digabungan menjadi bauan menenangkan. Ditambah pula dengan adunan Ambrette dan Myrrh memberi kemewahan aroma kayuan.
Terakhir, Olous diambil nama dari sebuah bandar ghaib di kepulauan Mediterranean. Ia menawarkan melodi bauan Grapefruit, Bergamot dan Jasmin dipadankan dengan Galbanum dan Cardamom, Cedar dan Incense.
Aesop juga berkolaborasi dengan komposer dan pemuzik Jesse Paris menghasilkan muzik/original tracks yang diinspirasikan dari tiga aroma ini. Anda boleh muat turun di aesop.com sambil menikmati haruman aromaterapi.
Istros, Cythera dan Olous Aromatique Room Sprays terdapat dalam botol kaca amber 100ml dan berharga RM190. Dapatkannya di butik Aesop dan Aesop Online bermula 3 Julai 2017.