Nama pemain golf dunia dengan kejuaraan 14 kali Tiger Woods kembali menjadi perhatian tapi bukan kerana kemenangan dia yang terbaru. Namun, Woods ditahan oleh pihak berkuasa pada pukul 3 pagi di Jupiter Island kerana disabitkan kesalahan memandu dibawah pengaruh alkohol/dadah (DUI).
Dia sempat memohon maaf dan tidak menyangka ditangkap kerana baginya ini semua adalah kesan dari pengambilan ubat-ubatan atas masalah kesihatan yang dialami.
Berikut keterangan rasmi dari Tiger Woods
.@TigerWoods addresses DUI arrest pic.twitter.com/EGDqoXNCKr
— Steve DiMeglio (@Steve_DiMeglio) May 29, 2017
Semakan dari PGA Tour milik Woods, dia hanya menyertai kejohanan Farmers Insurance Open pada Januari dan tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan sejak U.S Open pada tahun 2008.
Woods mengalami sakit belakang dan memaksa dia berehat seketika dari bermain. Tahun 2016, Woods pernah menjalani pembedahan di bahagian belakang dan kaki sekaligus menyebabkan dia ketinggalan dari menyertai kejohanan tahun itu.
Here's Tiger Woods' mugshot after his arrest on DUI charge pic.twitter.com/d6f8CpOIc5
— Bradd Jaffy (@BraddJaffy) May 29, 2017
Tiger Woods yang dahulunya disanjung dunia, kini sudah menjadi carca merba dengan pelbagai masalah disiplin dan kesihatan.