Bertuah badan si Kim Kardashian mempunyai seorang suami yang penyayang dan romantis. Walaupun pernah rumah tangga mereka dilanda gelora suatu ketika dahulu dengan khabar angin penceraian, namun semua itu tidak pernah mematahkan hubungan mereka berdua.
Kini genap tiga tahun perkahwinan mereka bedua setelah mengikat tali perkahwinan pada 24 Mei 2014 di Florence, Itali. Mereka memiliki sepasang cahaya mata Saint West dan North West. Cukup lengkap sebagai keluarga bahagia!
Sebagai tanda penghargaan Kanye terhadap isterinya, dia telah membuat kejutan romantis dengan menghiasi ruang kediaman mereka dengan aturan bunga-bungaan seperti langit. Bunga putih tersebut akan hampir sama dengan bunga dekorasi sewaktu majlis perkahwinan mereka.
Kim sempat merakam hasil kerja keras suaminya itu di akaun Snapchat miliknya dan terdengar suaranya yang sangat terharu melihat gubahan bunga tersebut.
Tahniah Kim dan Kanye! Berharap perkahwinan mereka kekal buat selamanya.