Pasti masih ada lagi yang tertanya-tanya apa itu fotogenik?
Fotogenik – individu yang tampil menarik dan menyerlah didalam gambar.
Namun bukan semua orang dilahirkan untuk menjadi fotogenik termasuklah para model atau bintang filem. Mereka juga bereksperimen dalam mencari sudut dan teknik yang tepat untuk sentiasa tampil bersedia dihadapan kamera sepanjang masa terutamanya di karpet merah.
Jadi pada yang suka sangat bergambar, ikuti rahsia fotogenik ini….
Kecilkan mata. Hah! Macam mana tu?
Renung tepat ke arah kamera dengan mata anda sedikit mengecil tapi pastikan bahagian kening dan dahi rileks supaya anda tampak tidak seperti berkerut. Teknik ini memberi definisi pada bentuk muka anda dan otot muka anda tampak lebih rileks.
Selamat mencuba!