Bulan puasa juga adalah bulan untuk kita semua menyiapkan segala persiapan untuk menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Sudah menjadi adat untuk kita orang Malaysia untuk menyediakan segala keperluan dari hidangan, kelengkapan/dekorasi rumah dan penampilan yang bukan sahaja untuk meraikan Hari Raya malah untuk kelihatan berseri di mata tetamu yang datang menziarah. Hari yang gembira wajib disambut dengan keadaan yang cantik berseri!
Kekangan masa dan kepenatan fizikal pada bulan puasa kadang-kala kita terpaksa menangguh beberapa perkara terutamanya mengenai baju raya. Pernah tak anda akhirnya berputus asa untuk mencari baju raya dan hanya memakai baju raya yang sama hampir dua tahun berturut-turut. Akibat tak larat hendak menghadap cuaca panas dan kesesakan orang ramai untuk memilih baju raya.
Hello! Sekarang zaman multimedia, semuanya dihujung jari dibawah penghawa dingin anda boleh membeli apa sahaja termasuklah baju raya anda. Bagi anda yang baru sahaja ingin mencuba membeli baju raya secara online. Mari Wanista perkenalkan portal membeli-belah online mainstream di Malaysia, paling penting selamat dan pembelian anda berbaloi!
#1 ZALORA MALAYSIA
Butik online Zalora tidak asing lagi dalam dunia fesyen khususnya untuk peminat fesyen Malaysia. Ia menampilkan pelbagai rekaan baju raya khas dari pereka-pereka fesyen terkemuka tempatan dan Asia. Zalora juga menawarkan koleksi baju kurung dan baju melayu dari designer dengan harga yang lebih rendah. Proses pembelian di Zalora juga sangat mudah dan menawarkan penghantaran percuma dengan pembelian RM75 keatas. Jika anda tidak mempunyai transaksi online, jangan risau! Zalora terima pembayaran semasa penghantaran (cash on delivery). Terdapat lebih dari 700 pilihan pakaian untuk baju raya! Memang rambang mata tapi puas hati dari satu portal anda dah punya banyak pilihan dan idea untuk tampil di hari raya.
Zalora khas untuk anda yang ingin mencari baju raya berjenama, pelbagai pilihan potongan moden/klasik dan pada harga yang berpatutan. Yes, dari 6 April lagi Zalora dan buka pintu untuk pembelian baju raya.
Link – zalora.my/#ZALORAYA2017
#2 POPLOOK
Ingin bergaya tapi juga ingin kekal bersederhana? Butik online Poplook mungkin yang patut anda kunjungi. Koleksi raya mereka kali ini mengekalkan jualan dress labuh, blaus, skirt panjang dan blaus peplum dengan pelbagai potongan serta perincian. Warna-warna dari setiap pakaian dari Poplook juga sesuai dengan konsep sederhana dari pilihan warna lembut pastel.
Harga pakaian pula hanya dari RM150 – RM300 sahaja! Mungkin pilihan koleksi raya dari Poplook agak sedikit, anda masih boleh lagi meninjau banyak lagi pakaian dari koleksi mereka yang lain. Siapa yang hendak nampak sweet di pagi raya wajib beli di Poplook.
Link – poplook.com/raya-2017
#3 FASHION VALET
Kalau anda kenal siapa Vivy Yusof, wajib anda kenal Fashion Valet. Sebuah gedung pakaian muslimah online terbesar di Malaysia. Menghimpunkan hampir semua koleksi dan rekaan pakaian dari pereka fesyen terbaik tempatan dan Asia. Untuk anda yang mahu spend banyak pada baju raya tahun ini, sediakan mental dan fizikal (wang) di Fashion Valet. Rizman Ruzaini, Khoon Hooi, Fiziwoo, Melinda Looi dan ramai lagi baju raya designer untuk menjadi koleksi baju raya 2017.
Selain mempunyai aplikasi bayaran online, di Fashion Valet anda boleh membayar secara terus ke bank (bank-in) dengan menghantar bukti transaksi di emel mereka. Sama seperti beli dengan personal shopper!
Link – my.fashionvalet/fv-raya-2017
#4 MARI BELI BUTIK
Mungkin tahun ini, tahun kawalan perbelanjaan. Jadi anda tidak mahu terlalu over dalam persiapan hari raya termasuklah dalam bab berfesyen. Anda ingin kekal biasa, cukuplah dengan pakaian baru yang selesa dan sesuai dengan hari raya. MariBeli Butik antara butik online yang menjual rekaan baju kurung yang biasa kita lihat di kebanyakan kedai pakaian tradisional, cuma ia lebih menarik dan paling penting tak perlu keluar rumah.
Baju kurung, kebaya, peplum dengan pelbagai pilihan perincian dan harga serendah dari RM99 begitu juga dengan jubah lelaki. Boleh lah sedondon dengan pasangan anda dengan bajet yang rendah.
Link – www.maribelibutik.com
#6 REAL FANTASY SHOP
Butik online dari Real Fantasy Shop ini kalau tengok semua rekaan pakaian semuanya ala princess. Sesuai untuk adik-adik remaja kita yang nak merasai sambutan hari raya umpama tuan puteri. Kelass kau! Berbeza dengan butik online yang lain, anda hanya perlu layari laman Facebook atau Instagram mereka sahaja untuk melihat pilihan rekaan dan proses pembelian.
Link – www.facebook.com/realfantasyshop / instagram.com/realfantasyshop