Seksi dan jelita itulah yang dapat digambarkan dari aktres Bollywood terkenal yang kini berpangkalan di Hollywood, Priyanka Chopra. Beliau kini sibuk dengan jelajah promosi dan menghadiri tayangan perdana bagi filem aksi Baywatch yang turut dilakonkan oleh Dwayne Johnson ‘The Rock’ dan Zac Efron.
Semalam, telah diadakan tayangan perdana pertama filem Baywatch di Miami dan dihadiri oleh ramai peminat yang menanti untuk menonton dan tidak juga pada yang ingin bertemu sendiri para pelakon. Menariknya, satu video yang telah dikongsi dari Instagram milik seorang pengunjung berjaya merakam momen sweet Priyanka Chopra dan The Rock.
https://www.instagram.com/p/BUDhB7FDzug/
Bukti dari video diatas, sememangnya The Rock dan Priyanka mempunyai hubungan sebagai rakan kerja yang baik.
Baywatch bakal ditayangkan di Malaysia pada 1 Jun 2017.