Persiapan raya sudah boleh dibuat menjelang Ramadhan tidak lama lagi, Go Shop memperkenalkan jenama fesyen Muslimah baharu iaitu Hawa Adara yang bukan sahaja mesra pengguna dan cantik rekaannya bahkan ia turut menepati ciri-ciri pemakaian seorang wanita Muslim sejati.
Ditawarkan dalam pelbagai warna dan saiz, antara koleksi Hawa Adara adalah termasuk Tudung Sofea (RM149), Tudung Baiduri (RM199) dan Jubah Aaira (RM199).
Tudung Sofea diperbuat daripada material selesa dan tidak memeritkan kepala biarpun dipakai sepanjang hari, rekaan bermutunya disediakan dalam rona pilihan lembut seperti merah jambu keunguan, hijau buah zaitun, kelabu, merah belacan, biru gelap dan banyak lagi manakala Tudung Baiduri pula ditawarkan dalam warna yang lebih garang seperti coklat samar, hijau, ungu serta dihiasi perincian manik kristal ala fesyen mewah kegemaran wanita sofistikated.
Bukan itu sahaja, anak tudung atau inner akan diberikan secara percuma untuk setiap pembelian.
Jubah Aaira dicipta untuk golongan modes, baik yang bertudung mahupun tidak, wanita yang gemar gaya sopan bisa menggayakannya tanpa jemu kerana potongan rekaan jubah ini adalah berlandaskan potongan longgar jenis A cut. Sesuai digayakan oleh pelbagai bentuk badan, ia juga adalah mesra pengguna yang memudahkan ibu menyusukan bayi serta para wanita lain setiap kali ingin mengambil wudhu. Harga yang ditawarkan untuk koleksi jubah Aaira adalah serendah RM199 yang hadir bersama sehelai selendang percuma.
Fara Fauzana Selaku Duta Fesyen Hawa Adara
Jangan ketinggalan untuk menonton program jualan langsung Go Shop hanya di Astro saluran 118 dan 303. Jika takut terlepas, anda boleh terus melawat laman sesawang rasmi Go Shop di [www.goshop.com.my] untuk membeli.
Tonton Video Promo Go Shop
Go Shop adalah program jualan langsung televisyen yang beroperasi selama 24 jam setiap hari menerusi talian bebas tol. Ia menyaksikan demonstrasi bagi menjual serta mempromosikan seleksi produk pilihan kepada penonton.
Pengguna boleh membeli dan membuat pesanan dengan mudah, hanya perlu menelefon talian bebas tol di 1800-82-0088 untuk memesan. Lebih memudahkan, panggilan boleh dibuat dengan bahasa pertuturan Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris bahkan penghantaran barangan akan dibuat secara efisyen dalam masa enam hari pada hari bekerja bagi servis penghantaran dalam kota manakala lapan hari pada hari bekerja untuk kawasan di luar kota.