Kini, VITAGEN, minuman susu kultur No.1 di Malaysia sudah mencecah 40 tahun dan memulakan sambutan ulang tahun menerusi kempen ‘A Better Gut Begins with VITAGEN’ (Sistem penghadaman yang lebih baik bermula dengan VITAGEN).
Kempen itu merupakan lanjutan daripada inisiatif VITAGEN untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan penghadaman.
VITAGEN mengandungi berbilion-bilion bakteria baik di dalam kultur Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei yang hidup dan aktif. Formulasi itu membantu penyerapan nutrien daripada makanan dan merangsang sistem imunisasi yang lebih kuat. Apabila diambil, ia membantu menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya, seterusnya mengurangkan risiko gangguan usus untuk kesihatan penghadaman yang optimum.
Kajian menunjukkan bahawa kesihatan sistem penghadaman berkait rapat dengan obesiti. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai populasi paling gemuk di rantau ini. Jumlah golongan dewasa yang mempunyai berat berlebihan meningkat sebanyak 30%. Sementara rakyat Malaysia yang obes mewakili sehingga 17.7% populasi keseluruhannya. Kombinasi ini bermakna hampir separuh daripada populasi negara kini sama ada mempunyai berat berlebihan atau obes.
VITAGEN menggiatkan usahanya untuk mempromosikan kesihatan sistem penghadaman yang baik kepada rakyat Malaysia menerusi kempen-kempen dan aktiviti yang berterusan. Inisiatif itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan sistem penghadaman yang baik serta membentuk gaya hidup sihat.
Untuk maklumat lanjut mengenai VITAGEN dan kempen “A Better Gut Begins with VITAGEN”, boleh ke Facebook https://www.facebook.com/VITAGENMalaysia atau laman web www.vitagen.com.my.