Nutox Advanced Serum Concentrate baharu kini tiba! Apa kelainan produk ini berbanding yang lain? Rumusan ini bertindak pantas bagi memastikan kolagen, elastin dan asid hyaluronik asal kulit bertindak dengan lebih pantas bagi menghasilkan kulit yang tampak lebih muda dalam tempoh hanya 7 hari!
Berdasarkan hasil kajian ini, Nutox telah mengambil inisiatif untuk memperbaharui rangkaian penjagaan kulit anti-penuaan mereka dengan mempertingkatkan keberkesanan produk yang memberikan kesan lebih ketara dalam jangka masa yang lebih singkat, sementara mengekalkan keserasian produk pada kulit.
“Kami telah meningkatkan formula dengan menggabungkan teknologi terbaharu iaitu Actigenic+, yang membolehkan pengguna melihat perubahan positif dalam masa seminggu. Kini, anda mampu menghalang tanda-tanda penuaan dan kelihatan lebih muda dalam masa 7 hari!,” jelas Christine Law, Pengurus Pemasaran Penjagaan Kulit bagi Tohtonku Sdn. Bhd.
Diperkaya dengan sarang burung dan dipertingkatkan lagi dengan Teknologi Actigenic+, Nutox Advanced Serum Concentrate diformulasi untuk mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedutan, kekusaman dan ketidakanjalan. Manfaat dari Algae Makro dan ekstrak Gentian India, Actigenic+ mengaktifkan struktur kulit dengan serta-merta, menjadikan kulit lebih anjal dan tegang.
Keputusan ini pula telah terbukti 118 orang wanita Malaysia yang telah mencuba Nutox Advanced Serum Concentrate bersetuju bahawa mereka kelihatan lebih muda dalam masa hanya 7 hari! 98%* daripada wanita bersetuju bahawa kedutan mereka berkurangan dan saiz pori-pori lebih kecil, manakala 97%* juga berkata bahawa garis halus di wajah mereka juga telah berkurang.
Untuk kelihatan lebih muda dalam masa hanya 7 hari, cubalah Nutox Advanced Serum Concentrate (RM79.90, 30ml), kini boleh didapati di farmasi, pasar raya dan pasar raya besar terpilih di seluruh Malaysia. Maklumat lanjut, sila ikuti Nutox Malaysia di Facebook (https://www.facebook.com/NutoxStayYoung).