Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Review - Makanan

Buka Puasa di V E Hotel & Residence Untuk Nikmat Rasa Rempah Masakan Arab

by Afiqah Syamin
May 11, 2017
Buka Puasa di V E Hotel & Residence Untuk Nikmat Rasa Rempah Masakan Arab
60
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau hendak dikirakan, sajian Timur Tengah yang kaya dengan rempah ratus ini sebenarnya memang dekat dengan hati orang Melayu. Sedap pun sedap malah kebanyakan hidangan adalah berasaskan daging dan ayam.

Jika hendak membawa anak-beranak menjamu selera atau berbuka puasa di restoran Arab pasti mahal harganya hinggakan satu hidangan untuk seorang boleh mencecah RM50. Bayangkan sahajalah jika ada diantara mereka yang berkeluarga besar. 

Namun, pilihan yang tepat buat anda andainya teringin mengubah selera, mahu cuba berbuka puasa ala orang Arab. Restoran The Straits Estate di V.E Hotel & Residence yang berlokasi di Bangsar South ini pastinya memuaskan! Dari hidangan pembuka selera seperti Keju Manakish hinggalah ke sajian utama Lamb Shank Tajine dan pencuci mulut yang terdiri daripada aneka Baklava. Semuanya bakal ditawarkan buat tetamu dengan rasa 1001 malam, disediakan segar dari dapur “Straits & Arabian Bazzar”!

Herba dan rempah ratus yang diramu dalam masakan memang terasa membuatkan anda tidak jemu untuk menjamahnya berkali-kali.

Keju Manakish
Lamb Shank Tajine
Baklava

Setiap satu hidangan disediakan secara sempurna oleh chef profesional yang berpengalaman iaitu Chef Sous Unaver Unabia yang berasal dari Sabah. Beliau pernah bermastautin di Arab Saudi malah mempunyai pengalaman hampir bertahun dalam menyediakan sajian Timur Tengah. Hasil air tangannya yang bijak menggabungkan konsep serta teknik masakan yang disunting dari beberapa daerah di bumi padang pasir adalah berkesan bagi menghasilkan ciptaan yang enak, beraroma lagi mempersona.

Tiga dari kiri: Chef Sous Unaver Unabia.
Pes cicahan Moutabel

Selain makanan Arab, The Straits Estate turut tidak ketinggalan melengkapi menu buka puasa tahun ini dengan beberapa hidangan Melayu kegemaran ramai seperti Ayam Percik Terengganu, Gulai Kawah Kari Kepala Ikan Melaka serta Bubur Serawa Nangka sebagai pemanis mulut.

Ayam Percik Terengganu

Amat berbaloi sebagai menu buka puasa bersama keluarga, suasana restoran hotel ini juga adalah aman dan nyaman, dikelilingi pepohon rendang dan pastinya memberi ketenangan berganda buat para tetamu yang hadir kerana bisa mendengar deru angin dan pancuran air dari kolam ketika sedang menikmati juadah buka puasa secara santai.

IKLAN

Lebih 280 jenis pilihan juadah yang disediakan, tempahan untuk bufet ramadan telah dibuka sekarang pada harga RM98/seorang (dewasa) untuk tarikh berbuka dari 29 Mei hingga 5 Jun manakala RM128/seorang untuk tarikh berbuka dari 6 Jun sehingga tamat bulan Ramadan.

View this post on Instagram

Siapa yang teringin berbuka puasa dengan masakan Arab mewah yang kaya dengan rasa rempah ratus asli timur tengah, jom tempah buffet ramadhan di VE Hotel & Residence Bangsar South pada hanya RM128 seorang. Lagi berbaloi dari makan di restoran Arab tau! Kalau tempah awal 29 Mei hingga 9 Jun boleh dapat diskaun, hanya RM98 seorang! #buffetramadhan #bukapuasa #ramadhan2017 #middleeaststyle #middleeastcuisine #foodreview #food

A post shared by WanistaMY 🇲🇾 (@wanistadotcom) on Apr 18, 2017 at 7:19pm PDT

Jika tempahan dibuat dan dibayar sebelum 15 Mei ini, potongan harga sebanyak 20% akan diberikan! 

Ayam Goreng Berempah

Set Muhibbah Dome pula boleh ditempah (10 orang satu meja) pada harga RM1,288 atau RM1,588 semeja.

Untuk keterangan lanjut, sila layari Facebook rasmi V E Hotel & Residence di [www.facebook.com/VEBangsarSouth]. 

Tempahan bolejh dibuat menerusi atas talian di [[email protected]] atau hubungi terus +603-22462888.

ALAMAT: The Straits Estate | Bangsar South City, No 8 Jalan Kerinchi, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur

Tags: bufet ramadanBufet Ramadan Di Hotelbuka puasaIdea Berbuka Puasajuadah berbuka puasaLokasi Berbuka PuasamakananMasakan Arabpuasa 2017ramadan 2017review makananSajian Timur TengahVE Hotel & Residence
Share24SendShare

Artikel Berkaitan

[REVIEW] Buffet Ramadan Ala-Ala Bazar Di Hotel Sheraton Petaling Jaya
Review - Makanan

[REVIEW] Buffet Ramadan Ala-Ala Bazar Di Hotel Sheraton Petaling Jaya

by Sofie Azizlan
April 5, 2021
0

Tinggal lagi seminggu sahaja sebelum kita kembali ke topik "Nak makan apa untuk berbuka?" setiap hari. Tak dinafikan pada bulan...

Baca Lagi
Wanista Dah Cuba! Makan Malam Sambil Melancong Dengan The Grand Gateway
Review - Makanan

Wanista Dah Cuba! Makan Malam Sambil Melancong Dengan The Grand Gateway

by Sofie Azizlan
January 4, 2021
0

Pernah dengar tentang The Grand Gateway iaitu nikmati makan malam sambil melacong ke luar negara oleh Grand Hyatt Kuala Lumpur?...

Baca Lagi
Menu Flaming Koli The Chicken Rice Shop, Masakan India Tulen Terbaik!
Review - Makanan

Menu Flaming Koli The Chicken Rice Shop, Masakan India Tulen Terbaik!

by Mas Idayu
October 13, 2020
0

Terliur betul bila bau Flaming Koli, hidangan baharu dari The Chicken Rice Shop ini. Bau ayam sambal rempah yang memikat...

Baca Lagi
Sumpah Sedap Makan Daging Wagyu Short Rib Teriyaki Donburi Di Nobu KL!
Review - Makanan

Sumpah Sedap Makan Daging Wagyu Short Rib Teriyaki Donburi Di Nobu KL!

by Mas Idayu
November 6, 2019
0

Bagi penggemar makan makanan Jepun, pastinya kamu cukup arif dengan cara penyediaan masakan dari negara matahari terbit ini, teknik masakan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    7 Tanda Toksin Penuh Dalam Badan

  2. 2

    Selain Prada & Fendi, Phone Bag Juga Jadi Ikutan Label Mewah

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.