Seorang editor majalah dan dua jurugambar sedang dibicarakan atas kesalahan menyebarkan gambar tidak berpakaian Kate Middleton, isteri kepada Putera William. Gambar tersebut diterbitkan dalam majalah gosip Closer pada tahun 2012.
Sementara itu, dua syarikat penerbitan yang lain juga sedang disiasat ekoran dedahan gambar yang sama.
Gambar-gambar tersebut dirakam ketika Kate dan suami sedang bercuti di Provence, wilayah selatan Perancis sekitar lima tahun lepas.
Pasangan diraja itu kemudian mengambil tindakan keras dengan menuntut ganti rugi lebih dari RM8 juta dari majalah Closer.
Keputusan mahkamah dijangka keluar 4 Julai ini.