Genap 40 tahun filem Star Wars menjadi pembukaan awal dalam filem berkisar alam galaksi yang penuh dengan misi dan aksi cabaran. Selama 40 tahun didalam francais ia tetap gah sehingga ia menjadi satu fenomena pada setiap peringkat umur. Bagi menyambut ulangtahun ini, Legoland telah membuka hari terbuka khas untuk peminat Star Wars dengan pelbagai aktiviti dan acara selama 34 hari bermula 28 April hingga 31 Mei 2017.
Antara acara terbesar yang bakal diadakan ialah Perarakan Empayar Terbesar Star Wars pada 13 dan 14 Mei, Persembahan Tarian Luar Biasa dari Stormtroopers, Upacara Memperingati Puteri Leia, Akedemi Jedi dan banyak lagi! Istimewanya lagi, Lego bakal melancarkan koleksi Lego Star Wars Classic pertama kali di dunia khas di Asia Tenggara. Ia bakal berada dipasaran pada minggu pertama Mei 2017. Koleksi ini dari pelbagai babak epik filem Star Wars.
Bagi anda dan keluarga yang berada di Hari Lego Star Wars jangan terlepas peluang untuk menikmati diskaun dan pelbagai tawaran seperti:
IKLAN
- Lego Star Wars Kids Go Free: Pass masuk percuma untuk kanak-kanak berpakaian kostum penuh Star Wars.
- Lego Star Wars Gifts with Purchase: Terima Lego Star Wars U-Wing Fighter secara eksklusif apabila berbelanja RM100 dan ke atas mana-mana alat mainan Lego Star Wars atau percuma Lego R2-D2 eksklusif apabila berbelanja RM300 dan keatas.
- Jimat Early-Bird: Beli tiket Legoland Malaysia secara talian pada 19 April – 9 Mei 2017, diskaun 20%
- Two-To-Go promotion: Diskaun 28% apabila membeli dua tiket atau tiket kombo secara talian pada 10-20 Mei 2017.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktivit dan pelbagai lagi tawaran, layari laman sesawang www.legoland.com.my. Jumpa disana!