Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Berakhir Sudah Penderitaan Adik Thaqif

by Afiqah Syamin
April 27, 2017
Sumber: Twitter/Berita Harian

Sumber: Twitter/Berita Harian

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jenazah pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, yang meninggal dunia petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur di sini tengah malam tadi.

Sumber: nst.com.my

Terdahulu, van yang membawa jenazah tiba di rumah datuknya di felda berkenaan pukul 11.40 malam sejurus selesai proses bedah siasat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Sebaik disembahyangkan di rumah berkenaan, jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan itu dan selamat dikebumikan kira-kira jam 12.20 malam.

View this post on Instagram

Jenazah pelajar Pusat Tahfiz Al-Jauhar, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur jam 12.40 tengah malam tadi. Selesai pengebumian imam Masjid An-Nur Felda Bukit Aping Timur Masrom Jaafar membacakan talkin dan doa. Sebelum itu jenayah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin tiba dirumah keluarganya kira-kira jam 10.50 malam dari Hospital Sultan Ismail HSI dan disembahyangkan oleh masyarakat setempat termasuk 25 pelajar Pusat Thafiz Al-Jauhar. Sebelum jenazah beliau di bedah siasat di HSI mengambil masa lebih lima jam. Allahyarham Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia jam 2.05 petang semalam di HSI selepas kedua-dua kakinya dipotong dipercayai akibat jangkitan kuman selepas dipukul oleh pembantu warden.

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3) on Apr 26, 2017 at 11:16am PDT

Kira-kira 30 pelajar pusat madrasah tahfiz berkenaan yang hadir turut mengadakan majlis tahlil dan bacaan yassin di kediaman keluarga Allahyarham.

Mohamad Thaqif Amin menghembus nafas terakhir pada pukul 2.05 petang semalam ketika dirawat di Wad Dependensi Tinggi (HWD), HSI.

Akhbar sebelum ini melaporkan kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif Amin yang bertukar lebam kehitaman terpaksa dipotong hingga paras betis setelah dijangkiti kuman dan darah beku.

Sumber: ismaweb.net

Ibu pelajar terbabit, Felda Wani Ahmad, 40, mendakwa anak ketiga daripada lima beradik itu beberapa kali dipukul dengan paip getah oleh seorang pembantu warden pusat madrasah tahfiz berkenaan.

Susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di Balai Polis Ulu Tiram pada 18 April lalu, polis menahan lelaki berusia 29 tahun itu di Kota Tinggi Sabtu lalu bagi membantu siasatan.

Mohamad Thaqif meninggal dunia sebelum sempat menjalani pembedahan untuk memotong tangan pelajar tersebut yang dijadual hari ini tidak dapat dijalankan berikutan keadaan jantungnya yang tidak stabil.

SUMBER 1 & 2

Tags: beritaisu semasaJangkitan KumanKedua Belah Kaki Thaqif Dipotong Kerana jangkitan KumanKota TinggiPelajar Tahfiz Mohamad Thaqif Meninggal DuniatahfizThaqif Dakwa Dipukul Dengan Paip Getah Oleh pembantu Warden
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Sofie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Sofie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.