Pernah tak anda berasa cantik dan yakin dengan warna lipstik yang baru sahaja dibeli? Wah! Ketika itu memang anda rasa bibir anda benar menarik mata yang memandang. Walhal yang sebenarnya lipstik rupanya sudah dah mengelupas akibat bibir kering atau terkena air. Memang malu! Sudahlah tiada siapa yang menegurnya…
Sebelum anda sentiasa mengalami nasib malang yang sama, apa kata aplikasikan teknik untuk mendapatkan sapuan lipstik yang tahan lama dan tidak berkerak.

Mulakan dengan…
#1 Bersihkan kawasan bibir
Kedengaran macam over pula ya sampai nak cuci-cuci padahal nak pakai lipstik sahaja. Sebenarnya, langkah ini untuk membuang segala kotoran atau kulit mati yang tertinggal. Hanya ambil tisu basah, gosok dan lapkan pada bibir.
#2 Lembabkan bibir
Setelah itu, sapukan bibir dengan pelembab bibir/lip balm atau apa sahaja jenis pelembab. Pastikan tidak menyapu pelembab dengan banyak.

#3 Guna primer atau bedak asas (optional)
Seterusnya, untuk lipstik yang tahan lama anda boleh sapukan produk primer untuk bibir atau bedak asas. Ingat, hanya sapuan nipis tidak perlu berlebih!
#4 Jangan apply terlalu tebal
Ini tabiat yang biasa kita semua buat, apply lipstik terlalu tebal dan akhirnya lipstik jadi berkerak. Amalkan sapuan nipis dan menyeluruh pada bibir. Tak perlu tebal-tebal, biar ia tampak semulajadi, baru cantik!
#5 Tambah lapisan baru
Elakkan dari menambah lapisan lipstik yang baharu tanpa membersihkan lapisan yang lama. Jika tidak, lipstik dan bibir mengelupas kerana terlalu tebal. Bersihkan lipstik lama, baru apply yang baharu. Penting sekali untuk tidak tambah lipstik pada bibir yang kering, pastikan bibir sedikit lembab untuk sapuan yang licin sempurna.

Harap lepas ini tiada lah yang merungut kena lipstik baharu, tak kisah jenama apa yang penting trik dan teknik pemakaian memberi hasil yang berbeza.
Rujukan – TiTi s Corner