Cuba bayangkan yang anda sedang menonton filem aksi hebat seperti Fast and Furious 8 dalam panggung yang dilengkapi skrin besar serta tempat duduk selesa berlandaskan teknologi MX4D? Pasti pengalaman sinematik itu lebih bermakna kerana penonton semua dapat berasa puas -realistik seolah berada dalam situasi filem yang dilakonkan.
MBO MX4D
Sila slide untuk lihat foto-foto menarik di sekitar MBO The Starling Mall
https://www.instagram.com/p/BSi5h8Ijruu/?taken-by=wanistadotcom&hl=en
MBO Cinema yang baru sahaja dibuka di The Starling Mall, Uptown Damansara ini adalah satu-satunya panggung di Malaysia pertama menawarkan pelbagai servis serta fasiliti menarik buat para pengunjung seperti dewan panggung MX4D.
Selain dewan panggung hebat yang dilengkapi sistem empat dimensi yang menawarkan hiburan berciri realistik termasuk efek cahaya, asap, bau serta rasa sehingga membuatkan penonton terbuai dalam filem yang ditonton dalam satu-satu masa, terdapat juga dewan panggung istimewa lain seperti MBO Kecil, MBO Premier dan MBO Big Screen.
Setiap satu panggung dilengkapi ciri teknologi terkini, memastikan kualiti hiburan yang disediakan berkelas dan adalah bertaraf lima bintang. Bukan sahaja aspek keselamatan dan selesaann yang diutamakan malah pengalaman sinematik demi kepuasan para penonton juga.
MBO Kecil
MBO Kecil dibangunkan khas untuk kemudahan seisi keluarga, terutama buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Dewan panggung ini dimuatkan dengan ruangan khas yang turut menempatkan taman permainan kecil yang terletak di bahagian bawah skrin. Hal ini adalah sangat praktikal di mana ibu bapa tidak perlu lagi risau jika anak mereka meragam mahupun tidak mahu duduk diam. Secara selamat, mereka boleh membiarkan anak-anak berlegar dan bermain dengan tenang di ruangan khas tersebut.
MBO Kecil
Manakala MBO Premier pula menyediakan ruang dewan panggung luas malah kerusianya dibaluti material kulit, terasa mewah dan sesuai buat individu yang mahu rasa santai seperti menonton di rumah sendiri.
MBO Premier
Harga yang ditawarkan untuk menikmati dewan MBO Premier adalah hanya RM45 seorang termasuk tiket serta snek sebagai kudapan ketika menonton. Selimut pun turut dibekalkan! Boleh tahan murah jika hendak dibandingkan dengan panggung lain kan?
MBO Big Screen
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.mbocinemas.com] atau lawat laman Facebook rasmi MBO Cinemas (The Starling) di [www.facebook.com/MBOStarling]
MBO The Starling Mall
Aras: Level 5
Lokasi: RF-501
No. Telefon: 03 – 7664 2808