Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat Islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan, serta menyediakan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Sempena itu, Dettol dan Air Wick merancang untuk memastikan anda kekal bebas dan terlindung daripada kuman sepanjang bulan Ramadan dan pada masa yang sama memastikan kediaman anda kekal harum untuk tetamu dan orang tersayang yang datang berkunjung.
Sepanjang bulan Mei dan Jun 2017, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 atau lebih pada produk Dettol dan Air Wick dalam satu resit untuk mendapatkan sebuah koleksi bekas kuih Raya yang menarik. Kumpul keempat-empat koleksi untuk menceriakan rumah anda!
Bukan itu sahaja, dari resit pembelian itu anda juga berpeluang membuat kuih raya bersama Chef Anis Nabilah! Hantarkan penyertaan anda di laman Facebook Dettol Malaysia dan siapa tahu anda mungkin menjadi salah seorang dari 8 pemenang yang dapat membuat kuih raya bersama Chef Anis Nabilah. Tempoh pertandingan bermula dari 1 hingga 14 Mei 2017. Pertandingan ini terbuka kepada rakan runcit terpilih Dettol iaitu Mydin, Econsave, Giant dan Tesco.
Anda juga boleh mendapatkan pelbagai resepi kuih raya di lama Facebook Dettol Malaysia untuk Koleksi Resepi Khas dari Chef Anis Nabilah.