New Balance baru-baru ini melancarkan kedai ‘lighthouse’ terbaru dan terbesar di Asia Tenggara di Pavilion, Kuala Lumpur.
Kedai seluas 6,400 kaki persegi ini merupakan wadah manifestasi jenama ini berkaitan inovasi, evolusi serta impian orang ramai untuk sentiasa maju ke hadapan.
Memperagakan pilihan larian, latihan dan bola sepak untuk lelaki dan wanita, kanak-kanak serta gaya hidup, kedai baharu ini turut menawarkan penampilan yang progresif berasaskan gaya hidup urban kontemporari di samping mengekalkan warisan serta legasi selama 110 tahun yang berteraskan prestasi dan olahraga.
Para pembeli akan menikmati pengalaman jenama yang interaktif lagi imersif dan disambut dengan visual-visual dinamik serta persekitaran aktif unik yang digerakkan oleh prestasi.
Selain daripada konsep baharu, kedai ini turut mempamerkan koleksi ikonik ‘Made in US and UK’ jenama ini yang merangkumi kasut sniker tempahan khas. Hasil kerja tangan tokoh-tokoh berbakat di kilangnya di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), kasut-kasut ini mendemonstrasikan tunggak yang menyokong etos jenama New Balance – kualiti dan ketukangan, dan mencerminkan budaya serta sifat individu asal-usulnya.
Sebagai memperingati pelancaran bersejarah ini, New Balance turut mendirikan sebuah kedai 247 Pop-Up bersebelahan Air Pancut Kristal Pavilion yang ikonik. Kedai ini memperagakan rangkaian NB 247 yang baru dilancarkan – satu koleksi kasut untuk gaya hidup 24/7 masakini dan akan dibuka dari 20 April – 1 Mei 2017.