Ada orang suka tengok tempat-tempat bersejarah bila melancong, katanya pengembaraan yang bisa mendapatkan ilmu lebih bermakna.
Ada pula orang suka habiskan masa bersiar-siar dalam hutan dan kaki gunung untuk melepaskan ketagih pada bunyi-bunyian alam semula jadi, ada orang gemar melihat pantai dan laut biru dan ada juga jenis golongan yang suka melancong demi mengecapi kepuasan apabila dapat menjejakkan kaki di tempat-tempat unik iaitu mempunyai tarikan tersendiri sekaligus mencabar mental dan fizikal yang kadang-kala mampu meragut nyawa jika tersilap langkah.
Khas buat si jiwa kental yang obses menyelongkar rahsia tersembunyi di kawasan yang menyimpan 1001 misteri, Wanista cadang anda lawat enam lokasi terbaik ini!
#1 Gunung Berapi Sinabung, Indonesia
Lokasi gunung berapi yang masih aktif, ia terletak di sebuah pulau Sumatra. Kawasan ini sering diserang letusan gunung berapi malah ramai penghuni di sini telah berpindah disebabkan peristiwa yang meragut nyawa.
Letusan terakhir berlaku pada 27 Februari tahun lalu dan kematian yang berlaku disebabkan gas berdebu yang dikeluarkan letusan gunung serta batu-batu kecil yang tercampak keluar sehingga menjejaskan keadaan setempat.
Tiada sesiapa dapat menjangka bilakah letusan seterusnya akan berlaku. Mungkin hari ini dan mungkin esok.
#2 lha da Queimada Grande (Pulau Ular), Brazil
Tersorok di sebuah belantara dalam negara Brazil. Pulau ini dikenali sebagai antara lokasi paling bahaya di dunia kerana dipenuhi makhluk berbisa iaitu ular. Kata pengkaji, sekurang-kurang 5 ekor ular yang akan menghuni di setiap persegi kawasan pulau itu.
Sejak beberapa kes lampau di mana ramai orang menjadi mangsa haiwan tidak bertulang itu, pulau ini kini telah diharamkan kepada pengunjung. Rumah api yang ada berdekatan situ juga ditutup kerana ular berada di merata tempat malah bisa meragut nyawa sesiapa sahaja.
#3 Bikini Atoll, The Marshall Islands
Cantiknya pemandangan di pulau ini! Macam di syurga! Tapi, Bikini Atoll tidaklah seindah yang anda lihat kerana air dan persekitarannya telah terdedah untuk beberapa ujian pelepasan nuklear. Ia adalah sebuah tempat yang dijadikan tempat pembuangan sisa radioaktif.
Ramai yang diusir meninggalkan penempatan mereka di situ. Kesan radiasi di sini boleh menyebabkan kanser.
#4 The Danakil Desert, Eritrea
Umpama padang pasing yang dipenuhi kristal kuning keemasan. Memang cantik dan cukup mengagumkan untuk aktiviti fotografi.
Namun, suhu disini tinggi melebihi 50 darjah celsius. Banyak letusan gunung berapi yang berlaku malah udaranya juga tercemar dengan gas bertoksik. tempat ini digelar ‘Neraka Dunia’. Siapa yang berminat untuk mencabar diri boleh datang ke kawasan ini namun jika tiada orang perpengalaman yang memimpin dan memantau, anda dilarang untuk masuk ke Danakil Desert.
#5 Pesta Larian Kerbau, Sepanyol
Festival yang berlangsung selama 8 hari ini adalah aktiviti tahunan yang dilakukan oleh penduduk setempat sejak abad ke-14 lagi. Enam ekor kerbau akan dilepaskan di tengah jalan pekan Pamplona dan hanya orang yang cukup berani boleh menyertai festival ini.
Lebih 20,000 pengunjung setiap tahun akan mengambil bahagian dalam acara larian kerbau di Pamplona bahkan 100 orang akan tercedera setiap tahun disebabkan amukan kerbau. Tidak kurang, ada juga yang maut.
#6 Gunung Hua Shan, China
Nak lakukan aktiviti yang boleh buat anda kecut perut? Boleh cuba mendaki lereng gunung yang dikenali dengan nama Mount Hua Shan ini dan jangan terkejut kerana langkah anda hanya akan ditampung oleh blok papan kayu yang pastinya bisa meragut nyawa jika tersilap langkah!
Katanya, kira-kira 100 pengujung yang maut setiap tahun disebabkan oleh kemalangan di sini.
#7 The Poison Garden, Alnwick Gardens, Northumberland
Biasa melihat istana ini dalam filem Harry Potter? Alnwick Castle adalah sebuah istana lama yang menjadi lokasi tumpuan pelancong terletak di sebelah utara England.
Pemiliknya, Duchess of Northumberland sengaja mencipta satu taman beracun untuk mengajar orang awam terutama kanak-kanak sekolah yangdatang melawat tentang beberapa tanaman dan tumbuhan berbahaya. Bahkan menjadikan istana itu lebih istimewa berbanding dengan istana-istana lain.
Pohon-pohon beracun dan boleh membunuh itu ada ditanam di keliling bahagian dalam pagar bahkan di pagar-pagar istana sudah dapat kelihatan simbol racun yang berbentuk tengkorak disertai amaran.
#8 Elephant Kingdom di Chonburi, Thailand
Dalam kawasan yang dipenuhi habitat gajah ini, terdapat juga tarikan lain iaitu kandang buaya. Pelawat yang datang boleh masuk dan meneroka taman buaya itu dengan menaiki sebuah kenderaan berupa rakit logam yang dibina khas yang kemudiannya akan dibawa ke bahagian tengah tasik.
Rasai pengalaman untuk berada dekat dengan haiwan reptilia ganas pemakan manusia itu untuk lebih keterujaan di sini apabila melancong ke Thailand!
Pelawat juga dibenarkan untuk memberi makan kepada buaya-buaya tersebut menggunakan joran istimewa yang diumpan dengan potongan daging.
#9 Lake Natron, Tanzania
Seolah berada di planet lain apabila kawasan tasik Natron ini dilihat dari udara. Permukaan tasik berkenaan dipenuhi kerak garam alkali yang sebenarnya bahaya kepada hidupan tak kira manusia, binatang mahupun tumbuhan.
Boleh maut jika tersentuh dengan kulit dan dilarang sama sekali untuk pengunjung berenang di dalamnya. Meskipun cantik, ia ada mengeluarkan satu bau busuk kimia jenis hydrogen sulphide yang datang dari permukaan lantai tasik. Hmm.. ada berani?
#10 Death Road, La Paz, Bolivia
The North Yugas Road yang juga dikenali sebagai ‘Death Road’ ini adalah laluan kenderaan yang paling berbahaya di dunia. Lihat sahaja jalan halus yang mengelilingi lereng bukit curam itu. Katanya, lebih 200 orang yang maut disebabkan stuktur jalan yang curam dan banyak selekoh itu.
Tidak kurang, ramai juga pelawat yang gemar sukan berbasikal maut kerana tergelincir saat menuruni lereng-lereng bukit.