Narcissus atau juga dikenali sebagai bunga daffodils sebenarnya kaya dengan khasiat terbaik untuk mencantikkan wajah. Selain kemeriahan yang terpancar pada warna kelopak bunganya, biji akarnya yang bantu menyerap lembapan dan nutrien dari tanah adalah sangat baik sebagai elemen penyembuhan -memberi manfaat pada kulit wajah manusia.
Mamonde, jenama kosmetik dan rangkaian kecantikan dari Korea yang sering memanfaatkan ramuan bunga-bungaan sebagai bahan asas untuk produk inovasinya baru-baru ini tampil memperbaharui rangkaian melembap yang digelar Mamonde Floral Hydro.
Untuk pengetahuan semua, terdapat kira-kira 60 jenis bunga Narcissus yang lazimnya tumbuh di sekitar Eropah, bahagian utara Afrika, bahagian barat Asia dan di Mediterania. Apa yang menarik adalah kerana meskipun iasering mekar pada musim bunga namun ia masih boleh hidup dalam musim sejuk yang cuacanya agak ekstrem.
Bulb atau biji akar yang tumbuh di pangkal antara akar dan batang bunga tersebut adalah berfungsi sebagai penyimpan dan penyalur nutrien dan air kepada bunga. Jika dibelah, dalamnya terdapat sejenis lendir yang sebenarnya membantu dalam proses pertumbuhan batang dan bunga Narcissus.
Tonton video pengenalan rangakaian Mamonde Floral Hydro oleh Park Shin Hye
https://youtu.be/42m3HisDmj0?t=3s
Terbaharu, dibangunkan dengan teknologi Water-Cycle, Mamonde tidak ketinggalan menambah satu lagi seleksi rejim yang digelar Floral Hydro Ampoule Toner ke dalam rangakaian Floral Hydro.
Toner ini diperkaya dengan formulasi terbaik yang digabung bersama khasiat biji akar bunga Narcissus. Ia bisa mengekalkan lembapan dalam kulit, menjadikan kulit anjal tanpa kekeringan biarpun dalam keadaan cuaca jyang panas. Selepas mencuci biasanya wajah akan terasa kering dan tegang, oleh itu manfaatkan sapuan toner ini pada keseluruhan wajah untuk kecantikan berganda tanpa rasa kering!
Lebih menarik, toner ini cepat meresap bak air sehingga ke lapisan paling dalam kulit. Ia akan membentuk satu lapisan lembapan nipis pada wajah untuk mengunci lembapan secara berpanjangan.
Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman facebook rasmi Mamonde Malaysia di [www.facebook.com/Mamonde.MY].