“The joy of creating is the truest joy” – Priyanka Chopra
Wajah jelita sempurna milik wanita kedua tercantik di dunia 2017 ini siapalah yang tidak menginginkan. Lahir sebagai pemenang Miss World pada tahun 2000, Priyanka mula mengorak langkah ke dunia perfileman Bollywood. Kini lebih membanggakan beliau menempa nama di industri hiburan Hollywood.

Baru-baru ini dari majalah Vogue, Priyanka sempat berkongsi rutin kecantikan beliau yang telah diajar dari turun-menurun keluarga dan masyarakat India. Menariknya rutin ini anda boleh melakukannya sendiri kerana ia menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati.
Nak secantik Priyanka Chopra? Jom kita cuba 3 DIY ini…
Skrub Bibir Garam Laut

Sediakan mangkuk bersaiz sederhana besar, campurkan beberapa sudu teh garam laut, titisan air tulen glycerin dan air ekstra bunga mawar. Gaulkan sebati kemudian skrub pada bibir anda selama beberapa minit.
Secara semulajadi bibir anda menjadi lembut, warna kemerahan dan berseri! Anda juga boleh menambah sedikit jus lemon untuk mencerahkan.
Skrub Badan Ubtan

Gaulkan 1 mangkuk tepung kacang dhal atau gandum, jus lemon, yogurt asli/Greek dan sedikit susu. Kemudian tambahkan sedikit serbuk kayu cengkih dan kunyit. Sapukan pada seluruh badan, setelah kering gosok permukaan kulit untuk sesi pengelupasan (exfoliate) dan cuci sehingga bersih.
Untuk kulit berminyak, gantikan dengan susu rendah lemak dan yogurt tanpa lemak.
Hasil dari skrub ini kulit anda lebih berseri dan cerah!
Rawatan Kulit Kepala Menggunakan Yogurt

Masalah kelemumur atau kulit kepala kering?
Sediakan mangkuk dengan yogurt penuh lemak, satu sudu teh madu dan satu biji telur. Sebatikan bahan tersebut dan lumur ia pada rambut dan kulit kepala. Tinggalkan selama 30 minit dan basuh dengan air suam atau syampu bayi.

Semudah itu cara rawatan kecantikan Priyanka? Jadi boleh lah lepas ini anda semua cuba termasuk penulis! Untuk lebih lanjut anda boleh tonton video dibawah ini, biar Priyanka tunjukkan caranya…