Aktor kacak Korea Selatan, Lee Min Ho secara rasminya telah mengumumkan tarikh mula latihan ketenteraan beliau.
Menurut dari sumber terdekat, Lee Min Ho akan memulakan khidmat tentera pada 12 Mei sebagai pegawai sosial di Gangnam. Beliau ditugaskan sebagai pegawai sosial kerana pernah mengalami kecederaan serius di kaki semasa kemalangan kereta bersama aktor Jung Il Woo pada 2006.
Menurut dari agensinya MYM Entertainment, aktor berusia 30 tahun ini tidak akan terus ke kem latihan tapi bakal berkhidmat sebagai pegawai sosial bermula 12 Mei dan kembali semula selepas 2 tahun.
Nampaknya drama Legend Of The Blue Sea adalah bingkisan terakhir dari Lee Min Ho.
Peminat Lee Min Ho sudahkah anda bersedia selama 2 tahun ini tanpa melihat si dia?!