KFC Malaysia ingin memudahkan pengguna, kini sedang dalam usaha menaik taraf perkhidmatan penghantaran mereka dengan 3 langkah mudah menerusi khidmat pesanan atas talian. Ini bagi memastikan supaya pelanggan yang dikasihi dapat menikmati menu hidangan KFC kegemaran tanpa sebarang halangan.
Khidmat penghantaran KFC Delivery kini boleh diakses oleh semua secara mudah menerusi telefon pintar masing-masing di mana ia lebih memudahkan serta efisyen. Tak perlu lagi beratur panjang di cawangan-cawangan KFC seluruh Malaysia yang bakal memakan masa lebih lama.
Mesra pengguna dan susun atur menu di laman yang lebih mudah difahami, laman sesawang rasmi KFC Malaysia di [kfc.com.my] kini telah dinaik taraf untuk memberi servis yang terbaik kepada para pengguna fokusnya kepada masyarakat Malaysia yang sememangnya menggemari hidangan ayam goreng segar dari rangkaian restoran Kentucky Fried Chicken.
Tonton Komesial KFC Super Jimat Box
Selain ayam goreng rangup yang terdapat dalam pilihan asli dan pedas, KFC juga menawarkan hidangan sensasi lain seperti kentang putar, coleslaw dan Cheezy Wedges di samping burger Zinger yang pastinya memberi kepuasan berganda!
Berikutan pelancaran Laman Sesawang Servis Penghantaran KFC, kempen #KFCKakiUnite turut dilancarkan sekaligus untuk memberi penghargaan kepada para peminat KFC yang selama ini tidak pernah berhenti memberi sokongan unggul kepada rangkaian restoran terkemuka ini.
Sertai peraduan #KFCKakiUnite yang berlangsung dari 27 Mac hingga 21 Mei depan di mana para pelanggan berpeluang mengundi karakter menu kegemaran mereka termasuklah Finger Licker (KFC Finger Lickin’ Good food), Ori Geng (KFC Original Recipe Chicken), Spicy Kulit Cruncher (KFC Hot & Spicy Chicken), Abang Zinger (Zinger Burger), Mix Masher for Whipped Potato, Kak Slaw (Coleslaw), Cheezy Champion (Cheezy Wedges) dan Nuggets Nutter (KFC Nuggets).
Tiga pemenang utama bakal membawa pulang wang tunai RM2,000 setiap satu bersama barangan edisi terhad KFC serta tajaan menu kegemaran KFC yang diundi selama enam bulan!
Jangan terlepas peluang untuk dapatkan 50% diskaun ketika Cluck Hour Deal untuk menu hidangan KFC terpilih yang dipesan menerusi servis KFC Delivery antara jam 3.30pm hingga 5.30pm setiap hari bermula 3 April hingga 21 Mei 2017!
Untuk keterangan lanjut mengenai peraduan #KFCKakiUnite, sila klik [kfc.com.my/kfckakiunite]