Sembilan daripada 10 orang wanita bersetuju bahawa mereka inginkan iklan tuala wanita yang lebih realistik kerana kebanyakkannya tidak menggambarkan keadaan atau situasi sebenar saat datang bulan.
Untuk itu, Libresse yang merupakan jenama tuala wanita pilihan ramai berasa terpanggil untuk menganjurkan satu kempen inisiatif #LibresseLetsGetReal bagi memecahkan pemikiran kolot mengenai tuala wanita serta keadaan realiti semasa datang bulan yang sering disampaikan secara tidak releven oleh kebanyakan iklan tuala wanita di televisyen.
Rata-ratanya akan menampilkan karakter gadis berbadan langsing, berkelakuan aktif malah memakai pakaian putih walhal hakikatnya dalam dunia sebenar adalah sangat berbeza daripada apa yang dipaparkan oleh iklan-iklan tersebut.
Menurut sebuah kajian rambang yang dilakukan Libresse, lebih 78 peratus wanita akan mengelak untuk memakai pakaian atau celana berwarna putih ketika haid kerana dikhuatiri jika bocor, tompok darah akan terlihat dengan jelas manakala 78 peratus wanita juga berkata mereka akan berasa teramat penat dan tidak mahu bergerak langsung ketika waktu datang bulan.
Hal yang demikian menunjukkan bahawa norma mengenai situasi datang bulan yang disampaikan menerusi komersial televisyen adalah tidak releven.
Justeru, ayuh suarakan pendapat mengenai iklan tuala wanita dan kongsi pengalaman hidup sebenar anda tentang haid dan datang bulan di laman Facebook Libresse Malaysia [www.facebook.com/LibresseMalaysia] hari ini bersempena kempen Libresse Let’s get Real!