Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Review - Kecantikan

Temui Solusi Kulit Cantik Dengan Bantuan Rangkaian Mary Kay TimeWise Repair

by Afiqah Syamin
April 12, 2017
7
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Demi memperkasa harapan wanita sejagat, jenama produk kecantikan global Mary Kay yang berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat kini tampil memperkenalkan rangkaian produk baharu, fokus untuk memulih dan bantu mengekalkan kejelitaan kulit agar sentiasa awet muda.

Rangkaian penjagaan kulit ini adalah hasil inovatif menggunakan teknologi bermutu, bahkan diinspirasi dari rejim kecantikan klinikal -mampu mengubah kulit wajah yang terjejas dipengaruhi faktor penuaan dan pencemaran kembali muda remaja.

Penuaan adalah elemen kerosakan kulit yang paling ditakuti ramai wanita.

Oleh itu, rangkaian penjagaan kulit lengkap yang digelar Mary Kay TimeWise Repair ini pastinya dapat berfungsi sebagai solusi terbaik bagi memulih dan memperbaharui tekstur kulit dari dalam secara lembut sambil menggabungkan teknologi unik jenis Volu-Firm™ Complex istimewa untuk menegang serta menganjalkan kulit secara konsisten.

Dengan hanya lima langkah penjagaan, pengguna pasti dapat melihat perubahan berkala di mana garis-garis halus dan kedutan sekitar wajah mula menghilang.

Mary Kay TimeWise Repair hadir dengan lima produk utama termasuk Volu-Firm™ Foaming Cleanser, Volu-Firm™ Lifting Serum, Volu-Firm™ Day Cream with SPF 30, Volu-Firm™ Night Treatment with Retinol dan Volu-Firm™ Eye Renewal Cream.

Jom Wanista rungkaikan apa kelebihannya:-

#1 Volu-Firm™ Foaming Cleanser: RM135

Pencuci ini bertindak seperti magis, boleh menghilangkan kesan kotoran degil seperti mekap sekaligus membasmi kotoran debu yang melekap pada wajah sepanjang hari.

TimeWise Volu-Firm™ Foaming Cleanser kaya dengan formula unik, membersih permukaan kulit secara efesyen dan dapat menaikkan seri kulit wajah yang kusam dari dalam.  

Ulasan Penulis: Teksturnya berkrim dan ringan namun tidak menghasilkan begitu banyak buih. Apabila dicampur dengan air, ia seolah menarik keluar semua kotoran dan kekasaran pada kulit seterusnya menjadikan kulit kelihatan lebih bersih, terasa lembut malah halus seperti baru buat rawatan facial di spa.

Paling best, kulit tak kering dan rasa lembab je lepas cucian!

#2 Volu-Firm™ Lifting Serum: RM330

Setiap kali lepas mencuci, selain menyapu toner, sapuan serum juga sedikit sebanyak akan bantu mempercepat proses pemulihan kulit.

Gunakan Timewise Repair Volu-Firm™ Lifting Serum untuk mendapatkan hasil kulit anjal muda remaja malah bisa menyalurkan nutrien terbaik kepada kulit selepas dicuci.

Ulasan penulis: Meskipun penulis hanya mencuba serum ini di atas kulit tangan, ternyata kedutan pada kulit tangan menjadi halus serta-merta!

Teksturnya pula ringan dan bau wanginya tidak terlalu menusuk ke hidung. 

Apa yang penting, sapuan serum menjadi mudah kerana konsistensi cecairnya mudah diserap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan lekit.

#3 Volu-Firm™ Day Cream Dengan SPF 30: RM250

Menjanjikan kesan nyata untuk menghilangkan kedutan dan menyekatakan tona kulit, krim siang TimeWise Repair Volu-Firm™ Day Cream Dengan SPF 30 ini mampu bertindak sebagai perisai yang menghalang kulit dari selaran terik matahari malah bantu merawat masalah kedutan dan garisan halus di wajah secara efektif.

Ulasan penulis: Sesuai untuk yang berkulit kering, namun bagi individu yang memiliki jenis kulit berminyak atau kombinasi, krim ini mungkin keterlaluan kerana konsistensinya agak berat dan sedikit berminyak. Ia juga mengambil masa untuk disapu dan diserap menyeluruh oleh kulit kerana tekstur krimnya itu.

Jika kulit berminyak atau jenis kulit kombinasi, penulis nasihatkan anda menyembur setting spray selepas siap membuat solekan yang melapisi permukaan sapuan krim ini. Jika tidak, solekan anda mungkin akan cair, lebih-lebih lagi ketika berpeluh.

Kelebihan, baunya cukup harum malah bisa memerangkap lembapan dalam kulit sehingga 12 jam lamanya!

#4  Volu-Firm™ Night Treatment Dengan Retinol: RM250

Diperkaya dengan formula Volu-Firm™ Complex, percaya atau tidak kulit yang kendur bisa menjadi tegang semasa tidur! Jangan risau jika kedutan di wajah terlalu nyata, krim malam TimeWise Repair Volu-Firm™ Night Treatment Dengan Retinol ini pasti dapat membantu.

Ulasan penulis: Teksturnya lebih ringan jika hendak dibandingkan dengan krim siang di atas tadi. Sapuan menjadi lebih mudah kerana konsistensi krim adalah seperti air yang mudah serap ke dalam kulit.

Bukan itu sahaja, balang pembungkusan produknya juga dilengkapi ciri-ciri mesra pengguna dan bisa mengekalkan kualiti produk tersebut.

Punat penekan yang ada pada permukaan balang akan menolak keluar produk mengikut kehendak individu sekaligus mengelakkan pembaziran serta bebas dari kuman! Tak perlu lagi ‘colek’ jari kotor ke dalam produk.

Bangun je tidur mesti berseri-seri lepas ni kan?

#5 Volu-Firm™ Eye Renewal Cream: RM200

Ah bosannya bila bangun tidur dengan kantung mata serta kedutan halus yang buatkan wajah nampak tua dari usia sebenar!

TimeWise Repair Volu-Firm™ Eye Renewal Cream boleh bantu menghilangkan garisan halus, kedutan serta kulit kendur sekitar mata.

Untuk pengetahuan semua, kulit mata adalah bahagian paling sensitif dan mudah berkedut kerana lapisannya nipis. Jadi, manfaatkan krim mata ini kerana ia bisa menghilangkan kantung mata serta lingkaran hitam disebabkan keletihan mata.

Ulasan penulis: Mudah digunakan kerana muncung tiub direka khas agar mudah meluncur di kawasan sulit bawah mata. Hanya perlu picit ringan bahagian badan tiub untuk mengeluarkan produk sebelum menyapunya pada bahagian yang dikehendaki.

Lebih menarik pabila muncung tiub itu juga boleh dijadikan alat pengurut untuk menggalakkan penghasilan kolagen sekitar mata!

Secara keseluruhan, penulis amat berpuas hati dengan rangkaian ini. Walaupun baru sahaja mengenali jenama Mary Kay, penulis sudah mula jatuh cinta dengannya kerana setiap satu produk yang dicipta adalah berkelas, melambangkan kualiti sebenar jenama kecantikan global ini. 

Penulis yakin dengan keberkesanan rangkaian Mary Kay TimeWise Repair, anda?

Pssttt! Janganlah terlalu kedekut untuk melabur demi kecantikan abadi 🙂

Untuk keterangan lanjut, sila klik [marykay.com.my/timewise-repair]

Selamat mencuba!

Tags: Cegah Penuaan KulitkecantikanMary KayMary Kay MalaysiaMary Kay TimeWise RepairPenyelesaian Untuk Kulit BerkedutProduk Hilangkan Kedutanproduk penjagaan wajahRahsia Kulit Awet MudaRawat Kedutan dan Garis HalusreviewUlasan Produk Kecantakan
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Arkib Wanista
Review - Kecantikan

Wanista Dah Cuba! FENTY BEAUTY Eaze Drop Blurring Skin Tint Memang Best

by Opie Azizlan
April 20, 2021
0

Kamu sudah mencuba rangkaian terbaru Fenty Beauty iaitu Eaze Drop Blurring Skin Tint? Apa yang Wanista boleh katakan, memang tak...

Baca Lagi
Foto - Allure
Review - Kecantikan

Pengalaman Pakai Produk Dr.G R.E.D Blemish Clear Soothing Cream

by IamLisa
January 10, 2021
0

Anda miliki jenis kulit yang mana satu? Kering? Berminyak? Kombinasi? Atau sensitif - acne prone? Siapa yang miliki kulit sensitif,...

Baca Lagi
Review - Kecantikan

Bahagian Intim Berkedut, Rawatan Rosebud & Blackout Di Strip Boleh Bantu!

by Mas Idayu
October 6, 2020
0

Siapa kata bahagian muka saja yang perlu di jaga dengan baik? Bahagian intim juga memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi...

Baca Lagi
Review - Kecantikan

Wajah Awet Muda & Tegang, Foreo Bear Ada Caranya!

by Mas Idayu
June 22, 2020
0

"Eh, usia dah masuk 30 tahun lebih tapi kenapa aku tengok kulit muka kau muda remaja macam usia 20 lebih...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.