Model, pelakon dan pereka fesyen – semuanya boleh dilakukan oleh Kiko Mizuhara.
Berdiri pada ketinggian 168cm, Kiko Mizuhara mungkin tidak seperti model lain yang berjalan di pentas peragaan untuk label mewah tetapi dengan karisma yang dimiliki cukup membuatkan beliau bersinar walaupun melalui foto di Instagram (@kikomizuhara)
Pada sesiapa yang masih tidak mengenali model sensasi Jepun ini, ini 6 fakta berkaitan Kiko mesti anda tahu.
#1 Memulakan kerjaya dalam bidang peragaan seawal usia 12 tahun.
Terima kasih kepada ibunya kerana memaksanya menghadiri ujibakat majalah Seventeen edisi Jepun. Audrie Kiko Daniel, model berketurunan Amerika dan Korea ini dilahirkan di Dallas, Texas dan kemudian berpindah ke Jepun pada usia 2 tahun.
Memulakan kerjaya di usia 12 tahun dan kemudian meninggalkan keluarganya di Kobe pada usia 16 untuk berhijrah ke Tokyo bagi memulakan kerjaya sebagai model.
#2 Kiko dan G-Dragon berkait?
Kalau anda google nama Kiko, pasti nama G-Dragon terselit sekali. Dah kenapa agaknya? Kiko dan G-Dragon dikhabarkan mula dating sejak tahun 2010 tetapi perhubungan mereka menjadi rahsia. Walaubagaimanapun, peminat masing-masing seperti mengiyakan khabar angin ini kerana persamaan pada Instagram bahkan mereka berdua pernah keluar bersama sebelum ini.
https://www.instagram.com/p/6zu1P6wdvT/?taken-by=i_am_kiko&hl=en
#3 It Girl di Jepun.
Tiada rahsia lagi bahawa Kiko Mizuhara merupakan It Girl terhangat di Jepun. Muka fotogenik beliau telah mendominasi majalah, tidak meliputi di Jepun, tetapi juga di seluruh Asia dan Eropah. Kiko juga menjadi pilihan untuk menghiasi kulit depan majalah pelbagai edisi seperti Vogue, Bazaar, Nylon dan banyak lagi.
Bahkan membintangi iklan, duta produk kecantikan dan pelbagai lagi. Pada tahun 2012, Karl Lagerfeld memilihnya untuk turut serta dalam kempen Chanel Little Black Jacket.
https://www.instagram.com/p/7cZS_fwdpb/?taken-by=i_am_kiko&hl=en
#4 Pelakon berusia 26 tahun ini merupakan seorang aktress.
https://www.instagram.com/p/BGvL8yowdh-/?taken-by=i_am_kiko&hl=en
Pada tahun 2010, Kiko debut sebagai aktress menerusi filem Norwegian Wood. Sejak itu, beliau terusan berlakon dalam pelbagai filem dan drama, tahun 2015 sahaja, Kiko membintangi filem adaptasi Attack on Titan, siri manga paling popular di Jepun.
#5 Kiko Mizuhara x Opening Ceremony
Model sudah, berlakon sudah, apa lagi yang tidak boleh dilakukan model ini. Kiko merupakan seorang pereka untuk label Opening Ceremony. Beliau telah berkerjasama dengan Opening Ceremony sejak 2013, melahirkan reka bentuk yang comel, fun, colourful. Bahkan koleksinya ini dipakai oleh bintang dunia seperti Rihanna, Beyonce dan ramai lagi.
#6 Kiko Mizuhara bintangi muzik video The Weeknd feat. Daft Punk’s “I Feel It Coming”.
Paling terkini, Kiko menjadi bintang utama dalam muzik video “I Feel It Coming” nyanyian The Weeknd feat. Daft Punk. Hebat bukan?
#Bonus – Kiko terkenal dengan imej Natural Beauty.
https://www.instagram.com/p/6qk_keQduw/?taken-by=i_am_kiko&hl=en
Kalau anda perasan Kiko jarang mengenakan sebarang mekap malah dengan selamba muat naik gambar #iwokeuplikethis di Instagram. Kalau ada pun Kiko sekadar menambah gincu rona merah jambu ataupun merah untuk nampak lebih ceria.
Cantikkan Kiko? Kalau rasa nak tengok Kiko lagi, pergilah follow Kiko sekarang!