Anehnya apabila seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun telah ditemui hidup dan tinggal bersama dengan sekumpulan monyet malah tidak tahu bercakap dengan normal seperti kanak-kanak yang seusianya.
Seperti karakter filem Mowgli dalam filem The Jungle Book yang dibesarkan oleh keluarga serigala, kanak-kanak istimewa itu dilaporkan turut berjalan menggunakan keempat-empat anggota termasuk kaki dan kedua tangannya menyerupai monyet.
Menurut Times of India, kanak-kanak ini telah ditemui oleh seorang tukang kayu sebelum tukang kayu tersebut memanggil polis untuk mengambil tindakan lanjut terhadap penemuan kanak-kanak itu.
https://www.youtube.com/watch?v=H2kiToBV8bA
Ketua Perubatan di sebuah Hospital Kerajaan, D.K. Singh berkata, kanak-kanak yang tidak diketahui asal-usulnya itu berperangai seperti haiwan, berlari menggunakan tangan dan kaki malah makan di atas lantai dengan mulut.
Namun, setelah beberapa ketika dirawat, dia semakin tenang, mula berjalan secara normal dan makan menggunakan tangan.
https://www.youtube.com/watch?v=O_uOlUpwru0
Walau bagaimana pun, kanak-kanak ini masih belum boleh bercakap tetapi mampu faham apa sahaja yang diberitahu kepadanya. “Dia juga sudah boleh tersenyum,” jelas Singh.
Ketika ditemui, kanak-kanak ini diselamatkan dalam keadaan di mana dia sudah berpakaian lusuh, mempunyai beberapa parut di siku dan kaki bahkan tidak kekok langusng bergaul dan dikelilingi sekumpulan monyet. Apabila tukang kayu cuba menyelamatkannya, monyet-monyet yang ada bersamanya waktu itu menghalang.
Kanak-kanak ini mungkin terbiar dan dibuang keluarga.