Jenama teh No.1 di dunia, Lipton melancarkan uncang teko teh ‘Lipton Ekstra Kaw’.
Keistimewaan ‘Lipton Ekstra Kaw’ dirumuskan dengan rasa yang lebih kaya dan beraroma serta warna yang lebih merah untuk memenuhi citarasa pengguna tempatan.
Bukan itu sahaja, Lipton telah menjalinkan kerjasama kandungan eksklusif dengan platform media bersepadu terbesar di Malaysia, Rangkaian Televisyen Media Prima. Kerjasama tersebut mengetengahkan kempen unik ‘Hanya Kaw Untukku’, yang bertujuan memperkenalkan ‘Lipton Ekstra Kaw’ yang membawakan teh yang kaya dengan rasa, aroma dan warna demi memenuhi citarasa rakyat Malaysia.
Lipton mempersembahkan drama Melayu yang sangat dinanti-nantikan bertajuk ‘Menanti Februari’, yang menampilkan pelakon popular Zul Ariffin dan Nur Fathia. Sebagai lanjutan kepada siri ini, Lipton juga memanfaatkan tarikan personaliti artis-artis tersebut bagi mempersembahkan kandungan yang dapat memberi inspirasi bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga melalui secawan teh Lipton.
Kempen ‘Hanya Kaw Untukku’ menggabungkan tawaran-tawaran kandungan kreatif kami dengan capaian penonton yang meluas untuk membantu menghubungkan Lipton dengan lebih ramai penonton di Malaysia.
‘Lipton Ekstra Kaw’ kini boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara.