Seperti yang sudah ketahui umum, Beyonce dan suaminya Jay Z adalah pasangan selebriti yang sentiasa dilihat akrab dan mesra bersama. Di mana sahaja mereka berada, meskipun berada di khalayak umum, mereka akan berasa selesa untuk menonjolkan kasih-sayang di antara satu sama lain.
https://www.instagram.com/p/8Y22GIPw87/?taken-by=beyonce&hl=en
Hal yang demikian membuatkan pasangan selebriti A-list ini menjadi igauan semua bahkan ramai yang mengagumi kebahagian mereka sehingga mengimpikan hubungan percintaan utuh yang sebegitu dengan pasangan sendiri.
https://www.instagram.com/p/BSeXmo3gRf4/?taken-by=beyonce&hl=en
Menyambut ulang tahun ke-9 perkahwinannya bersama Jay Z pada tanggal 4 April semalam, Beyonce dalam masa yang sama bertindak memuat naik teaser video muzik untuk lagu ciptaannya yang berjudul Die With You.
Tonton Petikan Video Muzik Terbaharu Untuk Lagu Die With You
Apa yang menarik, video itu memperlihatkan detik-detik istimewa merangkumi perjalanan hidupnya bersama Jay Z sejak 10 tahun lalu sehingga kini menerusi beberapa petikan video peribadi miliknya.
Dalam pada itu, terselit juga babak-babak mencuit hati di mana anak sulungnya, Blue Ivy mengoles gincu sebelum mencium perutnya yang sedang membesar dek kerana sedang mengandungkan bayi kembar dan dijangka bersalin sekitar September nanti.
https://www.instagram.com/p/BJrDzwWhSTe/?taken-by=beyonce&hl=en
https://www.instagram.com/p/BMQTfR-hUcw/?taken-by=beyonce&hl=en
Lagu Die With You ini pernah dinyanyikan Beyonce secara unplugged berlatarkan alunan piano sempena ulang tahun ke-7 perkahwinannya, dua tahun lalu.

Lagu dan video muzik penuh Die With you boleh dilayari di [beyonce.tidal.com]
So sweet!