Udang Karang atau Lobster adalah makanan yang boleh dianggap sebagai makanan ‘orang elit’ kerana hargnya mahal malah lazimnya akan dikira mengikut berat lobster tersebut.
Di Malaysia terutamanya, agak sukar untuk mencari sumber makanan laut mungkin kerana habitatnya yang terhad di perairan Malaysia. Jika ada sekalipun, pasti ianya banyak di daerah Borneo dekat Sabah kerana Udang Karang di sana lebih segar dan manis isinya.
https://www.instagram.com/p/BRsU5n-jITV/?taken-by=wanistadotcom&hl=en
Baru-baru ini, penulis sempat melawat serta menikmati pelbagai menu Udang Karang lazat yang dimasak sempurna oleh para tukang masak profesional di sebuah restoran ternama, terletak di puncak gunung Genting Highlands iaitu Burgers & Lobster.
https://www.instagram.com/p/BRsbNHhjCni/?taken-by=wanistadotcom&hl=en
Buat yang tertanya-tanya, restoran istimewa ini sememangnya memfokuskan penyediaan hidangan yang menggunakan Udang Karang sebagai ramuan utama. Telah dibangunkan sejak 2011 di Kota London, namun ia baru sahaja memasuki pasaran Malaysia pada Januari lalu sekligus merupakan cawangan pertama di Malaysia dan di Asia.
Ruang restoran yang tersergam indah di aras satu, Sky Avenue ini adalah berkeluasan 3,500 kaki persegi dan mampu memuatkan hampir 155 pengunjung dalam satu-satu masa.
Lebih menarik, dekorasi yang menceriakan ruang latar restoran adalah sungguh versatile ditemani lukisan mural bersantai, disertai pula pencahayaan kelam dengan lampu-lampu kuning berfungsi mewujudkan suasana tenang buat tetamu yang makan di situ.
Sebaik melangkah ke pintu masuk, pengujung akan disambut oleh akuarium gergasi yang mengandungi lebih 200 ekor Udang Karang hidup! Anda yang suka selfie tu bolehlah mengambil gambar di hadapan akuarium untuk foto kenangan.
Antara menu utama yang disediakan di sini adalah termasuk The Original Lobster Roll (RM153), The Chilli Lobster (RM173), The Original Lobster (RM153) dan The B&L Burger (RM153).
Kegemaran penulis adalah The Chilli Lobster kerana ia penuh dnegan rasa rempah yang menyengat digabung pula dengan rasa masam manis serta kesegaran daging Lobster yang lemak dan kenyal. Lobster berkuah pedas ini boleh dimakan bersama roti yang telah dibakar dengan mentega, membuatkan mata anda terpejam kerana terlalu lazat!
The Original Lobster Roll juga merupakan hidangan pembuka selera pilihan penulis kerana bun panjang itu sungguh lembut, dicurah pula dengan krim mentega cair, memang memukau rasanya!
Daging Udang Karang cincang yang diapit di tengah bun memberi sensasi kesegaran berganda apabila daging tersebut adalah sejuk namun masih kenyal umpama separuh masak. Jangan lupa perah sedikit lemon di atasnya!
Burger & Lobster mengimport bekalan Udang Karang segar terus dari Kanada yang kemudiannya akan dihantar setiap minggu ke Genting Highlands menerusi KLIA. Manakala untuk hidangan burger pula, bekalan daging lembunya 100% diambil daripada Australia.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.burgerandlobster.com]. Maklumat restoran Burger & Lobster SkyAvenue, Genting Highlands pula adalah seperti berikut:-
Waktu Operasi: Ahad – Kahmis 11:00 – 22:00 | Jumaat & Sabtu 11:00 – 00:00
Alamat: SkyAvenue Level 1 69000 Genting Highlands, Genting Highlands, Pahang Darul Marmur Malaysia
No. Telefon: +60 3 61059186