Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Kesihatan

Teh, Kopi, Garam Boleh Hilangkan Bau Kaki?

by IamLisa
April 4, 2017
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau anda pakai kasut terlalu lama dan kaki cepat berpeluh mesti kaki anda akan berbau bukan? Bagi sesetengah orang, masalah kaki berbau adalah sangat memalukan. Ini merupakan satu masalah yang perlu dielakkan kerana secara tidak langsung ia mencerminkan diri kita sendiri. Masalah kaki berbau akan menyebabkan kita akan berasa kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Tahukah anda teh, kopi dan garam mampu menyelesaikan masalah ini? Ya! Ketiga-tiga bahan ini mempunyai fungsi yang sama iaitu neutralkan semula bau kaki. Caranya amat mudah dan boleh dilakukan di rumah. Tidak perlu ke spa untuk lakukan pedicure, itu semua hanya satu pembaziran sahaja.

Foto – Primo GIF

Jadi hari ini kami mahu berkongsi tips yang jarang kita amalkan untuk hilangkan bau kaki.

Tips Yang Jarang Diamalkan:

Teh – Rendam kaki dalam air suam, campur hampas teh. Rendam 10 minit je. Ini akan bantu neutralkan semula bau kaki anda.

Garam – Rendamkan garam sama macam hampas teh. Sukatan garam terpulang pada anda.

Kopi – Bungkus kopi dalam kain bersih. Masukkan dalam kasut semalaman. Sukatannya pula tidak terlalu banyak dan terlalu sedikit. Anda juga boleh rendamkan kaki dengan kopi yang direndam tanpa dicampurkan gula. Ini akan membantu neutralkan semula bau kaki anda.

Tips Cegah Bau Kaki Yang Biasa Diamalkan:

  • Bersihkan celah jari kaki setiap kali mandi.
  • Kurangkan makanan pedas dan berkalori tinggi. Kedua-dua makanan ini akan membuatkan badan kita mudah berpeluh & membiakkan bakteria.
  • Guna foot patch untuk buang toksin-penyebab kaki berbau.
  • Simpan kasut di tempat yang ada pengudaraan baik. Guna silica gel atau arang kalau simpan dalam kotak.
  • Guna kasut berasaskan kain. Kalau kasut getah atau plastik menyebabkan kaki cepat berpeluh sebab panas dan pengaliran udara yang kurang baik.
  • Guna bedak untuk hilangkan bau kaki.
  • Anda juga boleh rendam kaki dalam air suam dan biarkan selama 10-15 minit dan kemudian sapukan losyen.
Tags: bau kakigaramkakikaki berbaukopimasalah kaki berbausmelly feettehtips atasi bau kaki
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Allure
Tips - Kesihatan

Muda Lagi Tapi Rambut Dah Ada Uban, Kenapa Agaknya

by IamLisa
August 6, 2021
0

Semua orang akan merasai tua dan salah satu cara nak mengenali seseorang sudah lanjut usia apabila rambut mulai beruban. Uban...

Baca Lagi
Foto - Elle
Tips - Kesihatan

Minum Jus Saderi Setiap Pagi, Badan Kamu Akan Langsing Macam Miranda Kerr

by IamLisa
May 26, 2021
0

Mungkin anda pernah melihat #celeryjuice memenuhi ruang Instagram. Tertanya juga penulis, apakah hype tentang jus saderi ini, sehingga ramai mengamalkannya....

Baca Lagi
Foto - Psychology Today
Tips - Kesihatan

Kurus Ketika Tidur? Ini Cara Yang Betul Kamu Kena Buat

by IamLisa
March 29, 2021
0

Macam mana tidur efektif untuk membakar kalori sekaligus penurunan berat badan? Anda teruskan bersenam dan amalan pemakanan sihat setiap hari,...

Baca Lagi
Foto - Yoga Love To Know
Tips - Kesihatan

Sakit Belakang Boleh Hilang Dengan Yoga Pose Ini

by Opie Azizlan
March 18, 2021
0

Pernah tak kamu alami rasa sakit belakang yang melampau? Rasa sakit sangat tak kiralah sama ada nak bangun berdiri mahupun...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.