Seperti yang kita semua tahu, ibu adalah ‘kilang utama’ berperanan menyalurkan nutrisi menyeluruh buat bayi yang dikandungkannya.
Selain menjaga pemakanan, ibu mengandung juga digalak untuk mengamalkan aktiviti-aktiviti berfaedah supaya dapat menyokong kelancaran tumbesaran janin.
Ini Wanista cadangkan lapan (8) perkara yang dapat mempengaruhi kebijaksanaan bayi yang baru lahir.
#1 Bercerita Dengan Bayi
Ini adalah salah satu cara meningkatkan memori bayi.
Cuba bacakan cerita-cerita pendek kepada janin di dalam perut saat berada dalam trimester ketiga. Hasilnya, bayi itu akan dapat mengenal bunyi serta perkataan yang disebut ibunya merujuk kepada kelajuan serta intonasi atau cara membaca ibunya.
#2 Kekal Aktif
Aktiviti senaman akan melahirkan hormon gembira yang baik untuk tubuh seseorang manusia, begitu juga janin. Jika si ibu mahu janin mereka gembira dan sihat sentiasa, sila rajinkan diri untuk bersenam agar terhasil hormon endorphin yang kemudian dapat diserap oleh si janin.
Bukan itu sahaja, bersenam dapat mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh termasuklah ke bahagian rahim dan kandungan, mempercepat lagi tumbesaran janin yang sempurna.
***Ibu yang rajin bersenam akan meningkatkan penghasilan neuron dalam otak bayi dan kebarangkalian bayi untuk dilahirkan bijak adalah sebanyak 40%.
#3 Dedahkan Diri Dengan Cahaya Matahari
Ramai wanita hamil yang datang ke klinik untuk pemeriksaan lazimnya dikesan kurang vitamin D. Oleh itu adalah amat penting untuk ibu mengandung bersiar di bawah matahari sekurang-kurang 20 minit satu hari. Ini adalah jalan yang paling mudah untuk dapatkan khasiat vitamin D demi kesihatan diri dan juga janin.
Vitamin D baik untuk menyokong pertumbuhan tulang serta kelancaran jantung.
Menurut kajian, kekurangan vitamin D ada kaitan dengan kelahiran bayi yang menghidap autisma.
#4 Urutan
Ketika umur janin menjangkau 20 minggu, dia sudah boleh merasakan sentuhan si ibu. Contohnya, apabila si ibu mengusap-usap perutnya. Keadaan itu akan memberi sensasi ketenangan kepada si janin seterusnya berupaya memberinya peluang untuk terbiasa dengan belaian bakal ibu dan bapanya.
#5 Bercakap Dengan Diri Sendiri
Memang pelik rasanya jika terlihat seseorang berkata-kata dengan diri sendiri. Namun tahukah anda bahawa dengan bercakap seorang diri ketika hamil akan mempengaruhi pertumbuhan otak janin dalam kandungan?
Janin akan mula mendengar ketika umurnya cukup 16 minggu dan apabila ia menjangkau 27 minggu, kedudukan saraf-saraf dari telinga ke otaknya sudah pun sempurna bersambung.
#6 Ambil Diet Yang Pelbagai
Deria rasa janin akan mula berkembang seawal umurnya 12 minggu di dalam perut. Ketika umurnya menjangkau 25 minggu, janin tersebut akan berupaya menyerap 2 liter cecair amniotic dalam sehari dan segala makanan yang ibunya makan.
Satu kajian telah membuktikan bahawa, jika si ibu gemar memakan bawang putih sewaktu hamil, bayi yang lahir itu nanti akan cenderung untuk turut gemar memakan bawang putih.
#7 Mainkan Muzik
Hendak mengajar huruf mungkin terlalu awal bukan? Oleh itu, gunakan muzik sebagai medium untuk membentuk ‘cita rasa’ atau minat bayi anda itu. Untuk pengetauan semua, janin memang gemar mendengar muzik. Ia akan bantu menyalurkan kimia kegembiraan kepada janin seperti serotonin yang seterusnya akan membuatkan janin lebih tenang.
Selepas lahir, perdengarkan lagu-lagu yang sering anda mainkan untuknya ketika mengandungnnya dahulu. Cara ini berhasil untuk
#8 Nyanyi Lagu Kanak-Kanak
Biasakan diri untuk menyanyikan lagu kanak-kanakketika mengandung. Teknik ini sedikit-sebanyak akan membantu bayi dalam kandungan untuk mengenal bunyi-bunyian lazim.
Setelah bayi itu lahir nanti, si ibu boleh memperdengarkan lagu yang sama kembali.
Jika anda seorang muslim, mungkin boleh juga mengamalkan ayat-ayat Al-Quran 🙂