Disebabkan semuanya melakukan ‘sesuatu’ pada wajah, sukar untuk cari selebriti Korea Selatan yang miliki kecantikan semula jadi, yang betul-betul natural beauty sejak di usia muda lagi.
Pakar fesyen Korea Selatan, Danny Kim, sendiri menjelaskan hampir separuh selebriti di sana menjalani pembedahan plastik untuk kekal cantik dan nampak muda. Bagaimanapun, sebahagian daripada mereka tidaklah mengambil pembedahan secara major, ada yang sekadar touch up di bahagian mata sahaja untuk menampakkan bentuk mata yang besar.
Apa pun, industri hiburan di sana masih boleh berbangga kerana terdapat beberapa aktress yang miliki kecantikan semula jadi. Malah, ada di antara mereka lebih cantik tanpa mengenakan secalit mekap di wajah.
Siapakah mereka yang penulis maksudkan?
1. Song Ji Hyo, 35
2. Song Hye Kyo, 35
3. Jun Ji Hyun, 35
4. Shin Min Ah, 32
5. Han Ga In, 35
6. Park Shin Hye, 27
7. Gong Hyo Jin, 36
8. Ha Ji Won, 38
9. Kim Tae Hee, 36
10. Son Ye Jin, 35
Siapa sangka mereka ini semua sudah memasuki usia 30 tahun ke atas. Tapi serius semua memang nampak forever young sangat. So sweet!