Telefon pintar adalah keperluan masa kini yang wajib bagi semua manusia. Selain memudahkan kita untuk berhubung, telefon pintar juga tidak memerlukan kita untuk mengeluarkan wang yang banyak seperti dahulu -tanpa perlu menampung kos apabila mahu menghantar khidmat pesanan ringkas. Whatsapp, LINE, mahupun WeChat hanya memerlukan sambungan internet. Ya seperti wang, internet juga adalah segalanya.
Selain bagi tujuan berhubung, kita turut menggunakan telefon pintar untuk mengambil gambar, merakam video, mendengar muzik serta menonton rancangan kegemaran kala berada dalam situasi bosan seterusnya mempengaruhi syarikat peranti ternama seperti Samsung untuk mencipta telefon pintar istimewa yang dilengkapi pelbagai fungsi serta ciri yang bisa memenuhi permintaan individu celik IT masa kini.
Kehadiran model telefon pintar Samsung Galaxy A5 2017 tentunya mengubah dimensi baru dalam dunia telekomunikasi yang sentiasa berubah pantas. Selepas kejayaan cemerlang menerusi siri Galaxy A yang diperkenalkan pada tahun lalu, Samsung kini meneruskan legasi untuk melengkapi kehidupan warga celik IT masa kini dengan peranti yang serba sempurna.
Untuk mengetahui apa keistimewaan Samsung Galaxy A5 versi 2017 ini, penulis kongsikan pendapat peribadi tentang 5 fakta menarik yang bisa dinikmati apabila memiliki telefon pintar edisi baharu ini.
#1 Bateri Tahan Lebih Lama
Kapasiti bateri untuk Samsung Galaxy A5 2017 adalah 3,000 mAh. Ia hanya mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk dicaj penuh dan boleh bertahan selama dua hari (11 jam 9 minit).
Berbeza dengan bateri Samsung Galaxy A5 terdahulu yang hanya boleh bertahan selama 9 jam 55 minit.
Terima kasih teknologi Fast Charging!
#2 Kedudukan Pembesar Suara Tidak Terhalang
Jika hendak dibandingkan, Samsung Galaxy A5 terdahulu mempunyai pembesar suara (Speaker) di bahagian bawah telefon berhampiran slot pengecaj. Oleh itu agak suka mendengar suarakerana ia sering kali dihalang oleh tangan apabila pengguna memegangnya dengan cara menegak.
Berbeza dangan Samsung Galaxy A5 2017 di mana pembesar suaranya terletak di bahagian sisi sebelah kanan. Lebih memudahkan tanpa sebarang halangan.
#3 Cermin Paparan Penuh Dimesi
Untuk pengetahuan semua, Samsung Galaxy A5 2017 ini mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan Galaxy S7.
Rekaan badan telefon ini mempunyai kemasan lenkungan yang membuatkannya nampak bergaya dan mewah. Ia pilihan yang tepat buat mereka yang meminati Samsung Galaxy A7dan S7 Edge tetapi tidak mahu mengeluarkan bajet yang banyak.
Bukan itu sahaja, cerminnya yang melengkung dari sisi kanan kesisi kiri juga menjanjikan kepuasan berganda bagi si pengguna kerana ia memberi dimensi menyeluruh menggunakan teknologi AMOLED yang membuatkan paparan visual tampak lebih realistik!
Paparan penuh Samsung Galaxy A5 2017 mempunyai ukuran 5.2 inci iaitu hampir sama dengan saiz cermin paparan untuk Samsung Galaxy S7.
#4 Kamera Hadapan Lebih Cantik
Lebih cantik, lebih jelas, kamera hadapan Samsung Galaxy A5 2017 adalah 16MP, sama seperti kamera belakang. Jadi, seronoklah bagi mereka yang suka berselfie atau merakam video vlogging.
Ini berbeza dengan keterjelasan kamera hadapan untuk Samsung Galaxy A5 terdahulu kerana ia hanya dilengkapi dengan kamera hadapan 13MP.
#5 Kalis Air
Telefon pintar adalah peranti yang boleh dikira sebagai teman hidup bagi rata-rata individu masa kini. Oleh itu, telefon yang dilengkapi ciri kalis air sememangnya amat berkelas, bersesuaian dengan gaya hidup masa kini yang tangkas dan sibuk.
Tiada masalah andainya telefon pintar terjatuh di dalam air mahupun terkena tempias hujan sekalipun, Samsung Galaxy A5 2017 ini tidak akan rosak mahupun terjejas.
Tonton Video Papar Ketahanan Samsung Galaxy A5 2017 Yang Kalis Air Serta Tahan Panas
Samsung Galaxy A5 2017 yang berharga RM1,699 ini ditawarkan dalam empat warna pilihan termasuklah Blue Mist, Black Sky, Peach Cloud dan Golden Sand. Sila klik [www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a5-2017] untuk keterangan lanjut.