Cuti sekolah datang lagi! Pasti diantara anda masih lagi belum menyediakan aktiviti menarik untuk anak-anak. Apa kata kali ini ambil masa untuk bersantai sahaja dirumah dengan menonton pelbagai rancangan menarik di Neftlix.
Tidak pun bagi anda yang ingin menghilangkan kebosanan sepanjang perjalanan ke tempat percutian, anda kini boleh memuat turun rancangan pilihan keluarga dan menonton pada dimana dan bila-bila masa sahaja.
Jika anak anda: |
Cadangan siri/filem pilihan Netflix |
|
Bayi – 7 tahun |
7 – 12 tahun |
|
Suka Menyanyi |
Beat Bugs |
A Series of Unfortunate Events |
Sukakan Pengetahuan Baru |
Ask The Story Bots |
Project MC2 |
Sukakan Cabaran |
The Polar Express |
The Trollhunters |
Sentiasa Bersemangat Untuk Belajar |
Word Party |
Cosmos: A Spacetime Odyssey |
Inginkan Menghabiskan Masa Dengan Anda |
Kung Fu Panda |
How to Train Your Dragon |
Pengembara! |
Puffin Rock |
Journey 2: The Mysterious Island |
Sukakan Cerita Muzikal |
Julie’s Greenroom |
Charlie and the Chocolate Factory |

Risau jika anak anda terdedah kepada kontent yang tidak sesuai?
Kini anda boleh sediakan satu profil khas untuk anak-anak anda dengan mengehadkan penggunaan hanya untuk rancangn kanak-kanak sahaja! Mudah sahaja, apa yang perlu anda lakukan:
1. Masuk akaun Neftlix anda
2. Klik pada butang menu dibawah gambar profil
3. Pilih ‘Manage Profiles’
4. Buka satu profil khas untuk anak anda dengan klik mana-mana profil yang sedia
5. Klik ikon ‘Kids’ disebelah kanak (selepas nama profil)
6. Akhir sekali, set kan kepada ‘‘Allowed TV Shows and Movies’
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang https://www.netflix.com/browse/genre/783 untuk pelbagai lagi pilihan. Selamat Bercuti!