Kering sehingga merekah dan luka!
Kulit kering jarang berlaku pada penduduk negara yang mempunyai cuaca lembab sepanjang tahun seperti Malaysia. Namun itu tidak mustahil, Wanista tahu ada diantara anda menghadapi masalah kulit kering bukan sahaja pada wajah tapi juga pada kawasan badan.
Untuk mengekalkan kesihatan kulit dari luar dan dalam, pakar mengesyorkan mengambil diet harian dari…
#1 Tomato – melindungi kulit dari cahaya UV merbahaya
#2 Ikan sardin – tinggi dengan Omega 3 menghalang dari sebarang iritasi kulit
#3 Kale/Kubis hijau – menyerap dan meneutralkan radikal bebas
Tiga bahan diatas untuk usaha mendapat kulit yang sihat dalam jangka masa yang panjang. Bagaimana pula jika anda inginkan langkah cepat untuk menyembuhkan kulit kering?
Nah..cuba lihat didapur..ada tak 5 bahan ini..
Susu dan Madu
Kebaikan: lemak dan asid latik dalam susu memperbaiki iritasi kulit, manakala madu berfungsi sebagai membasi kuman dan mengembalikan kelembapan kulit. Satukan madu dan susu didalam satu botol dan simpan didalam peti sejuk. Sapu pada permukaan kulit yang bermasalah.
Minyak Kelapa
Kebaikan: pelembab semulajadi ini juga mengandungi kuasa antibakteria, antikulit dan ciri-ciri antivirus. Masalah jerawat pun boleh baik dengan kelapa!
Minyak Zaitun
Kebaikan: minyak zaitun bukan sahaja bagus untuk kekal awet muda. Ia mengandungi polyphenols iaitu komponen antikosida yang tinggi dimana sumber bagi memberi kelembapan berpanjangan.
Kacang Soya
Kebaikan: kacang soya mempunyai sumber waxelene dimana meningkatkan elastistik kulit dan menjaga kolagen kulit dari rosak.
Teh Hijau
Kebaikan: melindungi kulit dari sinaran UV dan membaiki jerawat, jangkitan ekzema dan rosacea (masalah saluran darah).