Kecil besar, kecil besar sahaja tengok bintik putih dan hitam dibahagian hidung dan pipi.
Memang puas hati kalau dapat keluarkan segala kotoran bintik putih dan hitam dengan menggunakan masker hitam yang menjadi kegunaan ramai. Boleh dikatakan hampir kesemua bintik kotor yang terkumpul dalam pori-pori dapat ditarik keluar.
Tapi… Sanggupkah anda melalui keperitan ini..
https://twitter.com/cachet___/status/773273429457899521?ref_src=twsrc%5Etfw
Bagaimana terjadinya bintik putih atau hitam?
Bintik hitam terjadi dari pori-pori yang tersumbat bersama bakteria dan sel kulit mati. Ia bertukar warna hitam apabila bakteria memberi reaksi pada oksigen dan ia akan muncul dikawasan dagu dan hidung. Sama seperti bintik hitam, bintik putih pula akibat dari pengeluaran minyak terlalu banyak dan menyumbatkan liang pori-pori secara langsung menyebabkan masalah jerawat berlaku.
Ramai yang menggunakan masker hitam untuk menarik keluar bintik-bintik tersebut. Tapi tahukah anda, terdapat banyak keburukan yang bakal dialami kulit anda jika kerap melakukan tarikan masker tersebut.
Risiko tumbuh jerawat makin tinggi!
Semasa ia menarik bintik-bintik ‘jahanam’ itu, ia juga menarik minyak semulajadi (natural oils). Natural oils memainkan peranan sebagai melindungi kulit dari terkena sebarang jangkitan. Bayangkan jika natural oils itu dibawa keluar dari kulit kita, ya! Risiko untuk timbul jerawat lagi tinggi.
Liang pori-pori menjadi lebih besar
Tiada siapa suka melihat wajahnya yang menampakkan liang pori yang terbuka luas. Hodoh rasanya! Malangnya, akibat masalah bintik hitam dan putih yang kerap berlaku anda sentiasa menggunakan masker untuk menarik ia keluar. Tanpa anda sedari tabiat itu mengakibatkan liang pori menjadi lebih besar.
Bintik hitam, putih kembali semula dengan cepat
Dari dua faktor diatas, secara tidak langsung bintik hitam dan putih boleh kembali terjadi dalam masa yang singkat. Saiz bintik tersebut boleh menjadi dua kali ganda besar dari saiz sebelumnya!
Boleh merosakkan lapisan kulit atas / kapilari darah
Lapisan atas kulit boleh terjejas akibat kehilangan natural oils dan menjadikan ia lebih sensitif terhadap persekitaran. Bukan itu sahaja, ia faktor utama kulit menjadi kering dan tidak stabil. Lebih memburukkan, secara perlahan-lahan ia merosakkan kapilari halus darah dimana menyebabkan lebam halus diwajah.
Solusi masalah bintik hitam dan putih menggunakan masker ‘sakit’ ini hanyalah sementara tidak begitu berkesan.
Jadi…Wanista sediakan langkah dan alternatif lain untuk anda mengatasi masalah ini…
#1 Tarik masker perlahan-lahan dan sapukan toner/penyegar muka selepas itu. Sapuan toner menambah keanjalan pada kulit
#2 Cuci muka dengan air sejuk / ais selepas menarik masker dari muka. Air sejuk boleh mengecilkan kembali saiz pori-pori dan membasmi kotoran dan bakteria.
#3 Pastikan menjalankan rutin penjagaan wajah berkala dan mengikut jenis masalah yang kulit hadapi.
#4 Gantikan masker hitam ‘sakit’ anda dengan CAOLION Hot & Cool Pore Pack Duo.
Mempunyai fungsi yang sama seperti masker ‘sakit’ tapi cara menanggalkan lebih mudah dan selamat. Anda hanya perlu mencucinya menggunakan air. Didatangi dengan dua fungsi iaitu Blackhead Steam Pore Pack berfungsi sebagai menghapuskan sebarang kesan kotoran dan bintik-bintik diwajah dan Pore Original Pack pula mengetatkan semula liang pori-pori dan memberi efek sejuk segar pada kulit. Anda boleh dapatkannya di butik Sephora atau secara talian DISINI.
Jadi lepas ini tak payah nak jerit-jerit sampai menangis bila buat rawatan hilangkan bintik hitam dan putih.
Namun terpulang pada individu masing-masing, nasihat penulis jangan malas cuci muka sahaja kerana ia faktor pertama penyebab masalah kulit!