Berita baik untuk gadis dan wanita yang gemar berswafoto, Casio Malaysia dengan bangganya bakal melancarkan satu lagi model kamera selfie, EX-TR80 untuk menyertai rangkaian kamera kompak EXILIM yang lain.
Rekaan kamera baru ini bukan sahaja bergaya, malah menggabungkan aspek kecantikan, fungsi serta kepraktikalan menerusi satu peranti hebat yang bakal jadikan pengalaman selfie anda lebih menyeronokkan!
Melihatkan rata-rata masyarakat moden tidak lagi menggunakan kamera biasa, Casio komited untuk sentiasa membaik pulih rekaan kameranya agar betepatan dengan permintaan serta keperluan pengguna masa kini.
Casio EXILIM EX-TR80 ditawarkan dalam tiga warna hebat termasuklah merah jambu, putih dan hitam manakala perincian lensa kameranya pula dikelilingi bingkai gegelang keemasan untuk efek mewah yang pasti digemari si feminin.
Untuk keterangan lanjut mengenai fungsi penuh kamera ini, sila klik [www.casio-intl.com].
Harga yang ditawarkan untuk Casio EXILIM EX-TR80 adalah RM4,099 seunit.