Apa yang anda bayangkan bila mendengar nama Megan Fox? Susuk tubuh yang mengiurkan? Bentuk bibir yang mampu membuatkan lelaki gelisah? Kiranya wanita ini miliki body goal idaman setiap wanita.
Melihatkan tubuh badannya, siapa sangka pelakon 30 tahun ini sudah mempunyai tiga orang anak. Bahkan selepas lima bulan melahirkan anak ketiga bersama suaminya, aktor Brian Austin Green, Megan bergaya dengan bikini lace jenama bikini yang seksi dan terkenal, Frederick’s of Hollywood. Bukan sahaja menjadi wajah terbaru jenama itu, Megan turut dilantik menjadi Perunding Kreatif. Hebatkan?
Megan kini mereka beberapa rekaan koleksi pakaian dalam untuk jenama itu yang akan dilancarkan akhir tahun ini. Ketika ditanya adakah dia layak untuk menjadi pereka fesyen apatah lagi untuk koleksi pakaian dalam, Megan berkata dia tahu apa yang wanita mahu pakai,
“Saya mengetahui selok-belok dunia lingerie (pakaian dalam) kerana saya bermula dari situ. Jadi saya tahu apa yang wanita mahu, bukan sahaja ketika saat intim bahkan ketika di luar juga. Saya tahu apa yang anda perlukan sebagai wanita, bukan sahaja berasa selesa malah berkuasa.
Sering dilabel sebagai simbol seks di Hollywood dan lebih popular dengan tubuhnya yang seksi berbanding bakat lakonannya.
“Saya rasa imej pakaian dalam sangat sinonim dengan diri, dan saya tidak pernah rasa terhina dengan gelaran simbol seks,” jelasnya.