Audrey Hepburn, siapa yang tak kenal dengan bintang yang popular di tahun 60-an ini. Wanita yang lahir pada 4 Mei 1929 dikenali sebagai ikon kecantikan dan fesyen dunia. Tak hanya cantik, Audrey Hepburn juga memiliki inner beauty yang membuat namanya ‘harum’ menjadi idola dan inspirasi bagi para wanita di era 1950-1960 hingga kini.
Bahkan pelakon Indonesia, Dian Sastrowardoyo berbesar hati dapat tampil sebagai Audrey Hepburn untuk satu sesi fotografi khas karya Karina Yasmine Photography. Gembira dengan hasilnya, Dian turut berkongsi bersama pengikut di Instagram.
Yang jelas Dian memang sangat cantik dengan mekap khas dan gaya bak Audrey!
Untuk menghasilkan gaya Audrey, Dian tampil cantik dengan riasan yang diilhamkan oleh Audrey Hepburn, jurumekap Philipe Kurnia mengaplikasikan penggaris mata dengan hiasan winged pada mata dan highlight di bahagian bawah mata. Gaya ini merupakan teknik solek khas malah signature untuk ikon kecantikan Audrey Hepburn. Tak ketinggalan juga dicalit dengan gincu bibir noda nude bagi menyempurnakan penampilan teraju utama filem Ada Apa Dengan Cinta ini. Untuk rambut pula, Dian memilih gaya rambut klasik ponytail yang membuatkan penampilan Dian nampak segar dan manis.
Secara keseluruhan watak Dian Sastro dalam karya fotografi Karina Yasmin Photography berjaya menyerupai ikon kecantikan Audrey Hepburn.
Dan mekap memang boleh mengubah penampilan seseorang!