Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Hey Ladies! Ini 10 Perkara Tentang Lelaki Yang Kamu Perlu Tahu

by Afiqah Syamin
March 14, 2017
Sumber: Getty/Larry Williams/CORBIS

Sumber: Getty/Larry Williams/CORBIS

885
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dalam perhubungan, lelaki sering menjadi watak utama yang memegang peranan penting sebagai kapten untuk mengemudi kapal percintaan.

Namun begitu, satu-satunya sifat negatif yang sering dikaitkan dengan lelaki adalah golongan ini memiliki ego yang tinggi. Apakah adil jika sifat lelaki diiukur menerusi tahap keegoan diri mereka sahaja? 

Ini Wanista kupaskan… 10 Perkara Semua Wanita Perlu Tahu Tentang Lelaki

#1 Jika Lelaki Itu Benar Sukakan Anda, Ia Dapat Dilihat Jelas

Gerak-geri, cara dia berkomunikasi, layanan si dia terhadap anda malah si dia tiba-tiba berubah… terlalu mengambil berat tentang diri anda sejak akhir-akhir ini?

Semuanya dapat dilihat dengan jelas jika seseorang lelaki itu benar-benar sukakan mu. Jangan pula anda buat-buat tak faham, hari-hari benamkan si dia dalam soalan paling mengelirukan berbunyi “Abang, abang sayang saya tak”?

MESTILAH SAYANG, KALAU TAK SAYANG BUAT APA DIA BERSETUJU MENGAMBIL ANDA SEBAGAI KEKASIH DUNIA DAN AKHIRANTNYA…

#2 Lelaki Dahagakan Penghargaan

Hargailah lelaki, kerana apabila anda menghargai mereka, mereka akan lebih bermotivasi untuk memberi ‘lebih’ kepada anda. Lebih kasih sayang, lebih romantik, lebih perhatian dan macam-macam lagi!

Ringankan bibir untuk mengucapkan terima kasih serta ucapan-ucapan perghargaan. Jika anda seronok, lelaki sebenarnya akan berasa 10 kali ganda lebih seronok pabila melihat usahanya untuk mengambil hati orang yang dicintainya itu berjaya.

#3 Lelaki Kadang Kala Idamkan Perasaan Sebagai Pemenang

Sejak azali, tuhan jadikan lelaki untuk bertindak seperti seorang ketua.

Oleh itu, anda sebagai seorang perempuan jangan asyik merengek kerana mahu pendapat anda yang remeh-temeh itu diterima bulat-bulat oleh pasangan. Sebaliknya, belajar jadi lebih tenang. Berilah si dia peluang untuk merasa menjadi seorang ketua.

Dalam masa yang sama, biar lelaki yang memimpin, bukan anda. Anda perempuan, sepatutnya mendengar kata :)

#4 Lelaki Takut Ditolak

Setiap kali lelaki ditolak dan tidak cukup dihargai, dirinya akan terus berasa ‘kecil’ seolah-olah dia telah kehilangan semuanya.

Untuk pengetahuan anda, lelaki kadang-kala boleh jadi lebih sensitif daripada wanita tahu?

Jadi, hati-hati apabila membuat keputusan. Jangan sampai mengecewakan hati lelaki kerana itu akan buat mereka merasakan kegagalan paling besar.

#5 Lelaki Mahu Memberi & Mahu Membuat Orang Yang Dicintainya Gembira

Kondisi cinta sebenar akan berlaku apabila seseorang sanggup mengutamakan orang yang dicintainya lebih daripada diri sendiri. ITU CINTA SEBENAR…

Lelaki gemarkan wanita yang boleh menerima setiap apa yang diberinya. Dalam erti kata lain, menerima diri dan sifat mereka apa adanya.

Mereka juga punya satu perasaan di mana, mereka mahu memenuhi impian dan kebahagiaan yang dibutuhkan pasangan demi melihat pasangan mereka bahagia serta gembira.

Anda sebagai perempuan jangan asyik mengkritik dan merendah-rendahkan kebolehan si dia dalam memenangi hati anda. Terima sahaja meskipun ia tidak cukup untuk menggembirakan anda.

IKLAN

Jika anda gembira, dia pasti berasa senang hati dan tidak akan jemu untuk terus menerus membuat hatimu gembira.

#6 Lelaki Takut Hilang Kebebasan

Sudah menjadi lumrah, lelaki ini jenis golongan yang gemarkan kebebasan dan jika dihalang, mereka akan menggila.

Lelaki memang takut untuk memberi komitmen, namun anda sebagai wanita yang sebenarnya perlu bijak mengumpan mereka agar mereka SANGGUP melahirkan komitmen bersama dengan anda.

#7 Lelaki Amat Menghargai Masa 

Tidak sama seperti wanita yang suka serkap jarang, lelaki biasanya akan ambil masa untuk mengetahui dan memahami pasangannya.

Jika si lelaki benar-benar serius dengan anda, anda tidak perlu lagi ragu-ragu terhadap cintanya. 

Jika mereka kata mereka sayang, bermakna betullah mereka sayang… meskipun cara mereka ungkapkan kata cinta terhadap anda itu tidak begitu romantik.

#8 Lelaki Berkomunikasi Menerusi Perbuatan Lebih Dari Kata-Kata

Komunikasi adalah kunci kejayaan kepada setiap perhubungan. Oleh itu, jika anda cukup bijak untuk memahami cara mereka berkomunikasi, anda seolah membuka pintu dan peluang untuk melahirkan satu jalinan yang lebih mesra bersama si dia.

Satu kesalahan yang wanita sering lakukan, kita tidak mengerti cara lelaki berfikir serta apa yang tersimpan di dalam hatinya. Ini kerana cara mereka berkomunikasi tidak sama seperti wanita.

Wanita pandai bermadah namun lelaki lebih suka menunjukkan perasaan menerusi gerak-geri. 

#9 Beri Lelaki Peluang, Mereka Akan Cuba Lakukannya Dengan Baik

Komitemen? Susah untuk paksa orang untuk sukakan kita betul tak?

Sama juga konsepnya dalam mengekalkan keharmonian dalam perhubungan. Sila beri ruang dan masa kepada pasangan untuk mereka benar-benar berasa selesa. Jangan terus memaksa kerana itu akan lebih memburukkan keadaan.

Hubungan yang normal akan mekar dengan sendirinya. Tak perlu dipaksa jika mereka belum bersedia. Lambat-laun apabila mereka telah bersedia, dengan sendirinya nikmat percintaan itu akan datang menerpa hubungan anda berdua :)

#10 Lelaki Selalunya Tidak Sengaja Untuk Melukai

Anda bakal sedar bahawa membenci dan menuduh lelaki itu akhirnya akan lebih menyakiti hati sendiri. Lelaki juga mempunyai banyak kekurangan sama seperti kita sehingga melakukan kesilapan tanpa sengaja. Walhal, perkara itu tidak disengajakan. 

Cuba ambil sesuatu benda lebih mudah. Jangan suka membesar-besarkan perkara yang kecil.

CONTOH: Suami janji untuk ambil anda di pejabat, namun lambat sampai kerana kesesakan lalu lintas. 

BUKAN SALAH SI SUAMI dan anda tak perlu membesar-besarkan masalah. Maafkan sahaja dia dan anda tu pun tak perlulah merajuk lama-lama yang mungkin membuatkan si dia bosan hendak melayan perangai keanak-anakan anda tu nanti.

RUJUKAN – Seperti yang tertulis dalam buku 10 Things Every Women Needs To Know About Men karya Sabrina Alexis & Eric Charles

Tags: Apa Yang Perempuan Perlu Tahu Tentang LelakiApa Yang Wanita Perlu Faham Tentang LelakiCara Lelaki Berfikircinta perhubunganinfo menarikPemikiran Lelakisifat lelaki
Share354SendShare

Artikel Berkaitan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Soph.Azz
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Soph.Azz
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Soph.Azz
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Soph.Azz
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  2. 2

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  3. 3

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  4. 4

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.